JANGAN LEPASKAN PELUANG !!!!!!

PKR CABANG BATU GAJAH SEDANG MEMBUAT PENDAFTARAN PEMILIH BARU. (PENGUNDI BARU )


SILA HUBUNGI :
012-4646394 SDR ANTONI
012-4326371 PN PARAMESWARI

PROGRAM TAMBAH AHLI
HUBUNGI :
012-5062467 SDR FUAD
017-5195932 SDR HAZHA

NO 5B, JALAN DEWANGSA,
31000 BATU GAJAH,
PERAK.

DIBUKA SETIAP HARI SELASA
9.00 PAGI - 3.00 PETANG

EMAIL:batugajahpkr@gmail.com

Alamat surat menyurat:
BLOK F- 74, PERUMAHAN AWAM,
JALAN BEMBAN,
31000 BATU GAJAH, PERAK

16 October 2009

SELAMAT DEEPAVALI

Salam sejahtera,

Sempena Perayaan Deepavali yang bakal disambut masyarakat beragama Hindu di Malaysia pada 17 Oktober ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh yang menyambutnya. Pastinya rumah-rumah yang menyambutnya meriah dengan hiasan Rangoli yang berwarna warni serta hidangan makanan yang lazat menyambut kehadiran tetamu.

Jika dilihat dari kanta sejarah, perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali atau Pesta Cahaya disambut dengan penuh kegembiraan sebagai tanda kemenangan menurut kepercayaan masyarakat Hindu. Watak-watak seperti Rama dan Ravana serta Ram, Sita dan Laxman yang membayangi latar sejarah disebalik perayaan ini dapat dijadikan rujukan kepada soal universal yang berkaitan dengan manusiawi dan keadilan sejagat. Kegembiraan pesta cahaya ini dipancarkan dengan tafsiran bahawa sinaran cahaya yang menerangi itu dijadikan sebagai simbol yang dapat memadamkan kegelapan yang mewakili kejahatan dan penindasan.

Saya berharap agar melalui perayaan yang disambut ini, masyarakat India khususnya dapat menyemai nilai-nilai keadilan, toleransi dan menentang kezaliman serta penindasan dalam apa jua bentuk. Kegelapan lampau yang terbentuk akibat dari kongkongan sosial serta pengasingan perlu diterangi dengan cahaya kebangkitan yang bersemarak. Peluang pertemuan antara ahli keluarga yang jauh dan dekat, pertemuan antara pemimpin dan rakyat serta pertemuan antara sahabat handai perlu dijadikan landasan untuk bermaaf-maafan serta mengukuhkan perhubungan.

Dalam konteks Malaysia yang berbilang kepercayaan. Masyarakat lain terutamanya Muslim juga harus turut mengimbangi sikap toleransi mereka supaya cenderung kearah seperti yang dianjurkan Islam sendiri. Syak wasangka, perasaan curiga serta sikap yang menjuruskan kepada perkauman perlu dihapuskan. Janganlah gusar untuk memberi ucapan perayaan kepada mereka, sesuai dengan pendapat Ulama' Islam terkenal Al-Qaradhawi yang menyebutkan bahawa,"Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta'ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya."

Pendapat beliau itu disandarkan pada Surah An-Nisa' ayat 86 "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa."

Oleh itu, saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India, semoga semangat perubahan dan membebaskan dari dari kesuraman serta kegelapan dapat dapat diteruskan.

Deepavali Nal Valthukal!


YANG BERHORMAT PUAN HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat

15 October 2009

TAN SRI MUSA HASAN MENGAMUK

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini membidas beberapa penulis blog yang mempertikai kredibiliti polis yang masih gagal mengesan pengendali laman web ”Malaysia Today”, Raja Petra Raja Kamarudin, untuk hadir ke mahkamah.

Beliau berkata kelemahan bukanlah di pihak polis tetapi sebaliknya Raja Petra sendiri yang melarikan diri dan mengelak daripada diadili di mahkamah.

"Buat apa dia lari? Kalau dia kata apa yang dia tulis itu benar datanglah.

Kita ada undang-undang oleh itu jawablah di mahkamah.

"Kalau lari maknanya dia tahu dia buat benda tidak betul. Kenapa kata kelemahan polis pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

SIVAKUMAR MUNGKIN DITANGKAP KERANA MENYAMAR

" Ganesan yang mengistiharkan diri sebagai Speaker dewan didapati bercakap bohong dan beliau dengan ini kehilangan kelayakan menjadi Speaker mengikut perlembagaan Negeri Perak, demikian kenyataan rasmi Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds.Muhammad Nizar Jamaluddin di sini sebentar tadi.


Mengikut kenyataan rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 24hb Ogos 09 setiausaha badan prof itu,George Varughese mengesahkan bahawa Ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah beliau untuk melucutkan status peguam pada 17hb Ogos, iaitu satu tarikh di luar tempoh 3 bulan yang ditetap oleh undang-undang Kerajaan Negeri Perak.


Ganesan melakukan pembohongan yang besar bila mengaku sebagai Speaker, dia khianat dan menderhaka kepada Sultan. Kerana melanggar mengikut peruntukan perkara 36 A (5)Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession beliau pada atau sebelum 7hb Ogos, 2009...."

14 October 2009

JANGAN CAKAP BANYAK

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin bahawa beliau bersedia untuk mengiystiharkan harta yang dimiliki beliau. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk disiasat mengenai dakwaan-dakwaan bahawa beliau memiliki kekayaan yang sangat besar dan melampaui pendapatan beliau. Kenyataan ini tidak seharusnya hanya tinggal kenyataan dan hanya diulang kembali menjelang pilihanraya.



AMK dengan ini mencabar Khairy untuk mengisytiharkan harta beliau termasuk pegangan-pegangan secara langsung dan tidak langsung melalui nomini, wang yang disimpan di dalam akaun-akaun di luar negara dan kepentingan-kepentingan di dalam pelbagai perniagaan.



Penglibatan aktif Khairy di dalam bidang perniagaan bukan sahaja menimbulkan persepsi wujud salahguna kuasa, malah para peniaga juga menghadapi persaingan yang tidak adil khususnya untuk mendapatkan projek dan tender kerajaan. Justeru, memandangkan terdapat kesediaan daripada Khairy sendiri untuk beliau disiasat, AMK mendesak PM Najib Razak supaya segera mewujudkan satu badan bebas bagi menyiasat harta-harta yang dimiliki oleh Khairy yang sebelum ini merupakan menantu kepada Perdana Menteri dan juga selaku Ketua Pemuda yang tentunya akan mendapat kelebihan politik (political advantage) daripada kepimpinan tertinggi UMNO dan kerajaan.



YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak dari 1998 lagi, ketika dituduh memiliki harta sebanyak RM 3 bilion dengan tegas dan berani menyatakan kesediaan dengan mendesak satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang tidak berasas. Namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan dan hanya menggunakan isu ini sebagai bahan kempen murahan sewaktu pilihanraya kecil Bagan Pinang yang lalu.



Keengganan melakukan siasatan ini mewujudkan tanggapan umum bahawa Barisan Nasional mengambil sikap tidak apa terhadap mereka yang memiliki harta yang tersangat banyak sehingga melebihi kemampuan pendapatan.



AMK mendesak kerajaan untuk serius terhadap usaha membanteras rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan pemboloton kekayaan melalui cara-cara yang tidak sewajarnya.



Sekiranya ini tidak dilaksanakan dengan serius, maka impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara serba maju di mana kekayaan negara dikongsi secara adil tidak akan dapat dicapai. Seperti yang diungkapkan oleh Mahatma Gandhi: Kekayaan dunia adalah cukup untuk keperluan semua manusia, tetapi tidak mungkin cukup untuk memenuhi ketamakan manusia.



Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan

TANGGUNGJAWAB MELAWAN KEBATILAN



Kupasan Surah An Nur dan Surah Yusuf oleh Sheikh Ighsan Hendericks tengahari semalam di kediaman saya sangat mengesankan. Majlis dihadiri beberapa teman dan pimpinan parti seperti Dr Badrol Amin, Datuk Nazri Abdullah, Sdr Tian Chua, Sdr Sivarasa dan Sdr Shamsul Iskandar. Menggali tradisi seumpama al Quran al Kareem beserta hadith Rasulullah S.A.W sebagai asas perjuangan menuntut perubahan dan menegakkan Keadilan, kemudiannya disokong pula hujah tersebut dengan pengalaman menentang apartheid di Afrika Selatan, sahabat saya dari Afrika Selatan itu ternyata mengusik sanubari mereka yang hadir terutamanya ketegasan beliau mengenai Keadilan dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Kisah Nabi Yusuf yang dibuang saudaranya ke dalam perigi dan kemudiannya dianugerahi Allah Taala kepimpinan demi menjamin kesejahteraan manusia juga menjadi iktibar kepada semua. Sheikh Ighsan menegaskan adalah menjadi satu kewajipan untuk memenuhi tuntutan kepimpinan demi menghapuskan kebatilan serta kezaliman. Kisah ini menyorot saya ketika membentangkan belanjawan 1998 dengan menukilkan ayat 46-48 dari Surah Yusuf. Tujuh tahun makmur dan tujuh tahun yang gersang. Mudah-mudahan kita memperoleh pengajaran untuk sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang jerebu ekonomi.

ANWAR IBRAHIM

13 October 2009

SELESAIKAN DULU KERAJAAN HARAM PERAK

Sejumlah 92.15 peratus daripada 1,846 responden memilih supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak manakala 3.74 peratus menolak dan 4.12 peratus berkecuali melalui satu kempen Mengumpul Suara dan Pendapat Rakyat Tentang Krisis Politik Perak.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Perak, Ir Megat Sharifuddin Ibrahim berkata, kempen terbabit merupakan fasa pertama di mana ia telah dilancarkan pada 9 Ogos yang lalu dan berakhir pada 23 September.

Katanya, berdasarkan kepada keputusan kajian yang dijalankan, kebanyakan responden yang ditemui berpendapat DUN Perak wajar dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik terbabit.

WANITA IPOH BARAT MENGUGUT

Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Peletakan jawatan itu dikatakan berikutan krisis antara Ketua Wanita PKR Perak Fatmawati Salim dengan Pergerakan Wanita PKR Cabang Ipoh Barat.

"Fatmawati dengan sewenang-wenangnya merampas hak AJK (anggota jawatankuasa) apabila mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Okt ini tanpa pengetahuan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mendakwa kira-kira 100 anggota Wanita PKR Cabang Ipoh Barat memberi kata dua kepada Fatmawati supaya meletak jawatan dalam tempoh 14 hari dari sekarang.

Katanya anggota terbabit termasuk barisan kepimpinan peringkat cabang berkenaan yang tersingkir selepas pimpinan negeri mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Okt ini.

11 October 2009

TS ISA SAMAD ADUN BAGAN PINANG

KEPUTUSAN PRK BAGAN PINANG

KIRAAN BERMULA....SEMUA MENANTI


5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup.

Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, keluar mengundi dalam pilihanraya kecil ini.

4.55pm Persaingan BN dan PAS dijangka sengit - majoriti calon yang menang dijangka tipis.

"Kalau (PAS) menang, tidak menang banyak. Kalau kalah, tidak kalah banyak," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang menyifatkan kedua-dua parti saling "kejar-mengejar."

Bagaimanapun BN yakin menang dan mempertahankan kerusi DUN tersebut.

"Pada jangkaan awal kita, 70 peratus daripada jumlah undi memihak kepada kita," kata Ketua Pemuda Umno Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli.

65 % DAH MENGUNDI ( 3.00 PETANG )




Seramai 5,892 atau 65 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 3 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkannya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Seramai 5,371 atau 59.2 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 2 petang ini.

SETENGAH HARI NI...

1.33pm Seramai 4,905 pemilih, atau 54.1 peratus, di Bagan Pinang membuat penentuan antara calon BN atau PAS sehingga jam 1 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

1.27pm Pasukan peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Taman Desa Sirusa semalam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang satu bentuk provokasi BN, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily.

Isu tiga keping duit RM100 yang bernombor siri sama telah diadukan kepada polis.

12.54pm Lapan pusat pembuangan undi di DUN Bagan Pinang mulai lengang menjelang tengah hari, dipercayai penyokong dan pemilih berehat makan tengah hari.

12.25pm Seramai 4,220 pemilih, atau 46.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 12 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

12.10pm: Beberapa penyokong parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dilaporkan ditahan selepas berlaku satu pergaduhan di luar SK Teluk Kemang.

11.35am Insiden membaling batu dan botol air mineral berlaku di pusat pengundian di SK Teluk Kemang pada kira-kira jam 11.20 tadi. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS.

11.20am Sebanyak 35.7 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 11 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

11am Calon BN, Tan Sri Isa Samad beredar dari Sekolah Bradwall di tengah laungan 'rasuah' oleh pemimpin PAS.

Isa berkata, peluang untuk beliau menang adalah cerah.

Ketika menemui seorang pengundi India, Isa berkata: "Jangan lupa dacing".

10.20am Seramai 2,168 atau 23.9 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 10 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

10.15am Calon BN, Tan Sri Isa Samad tiba di Ladang Siliau dan berjalan sejauh kira-kira 150 meter dari jalan utama ke pusat pengundian. Penyokong PAS di situ mula melaung menyindirnya berhubung isu politik wang.

10.10am Keadaan pusat pengundian di SK Panglima Adnan riuh rendah dengan penyokong BN dan PAS melaung antara satu sama lain. Kira-kira 5,000 orang berhimpun di situ. Beberapa penyokong sebuah parti kelihatan membaling botol air mineral melintasi jalan ke arah tempat penyokong PAS berhimpun.

9.30am Calon PAS, Zulkefly Mohd Omar tiba di SK Panglima Adnan, dengan diiringi ahli-ahli parti itu yang memakai baju dengan logo PAS. Beliau yakin mampu menang dan menggesa pengundi supaya keluar mengundi.

Sebelum itu, proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini.

Hujan turun awal pagi tetapi berhenti sejurus selepas jam 8 pagi. Bagaimanapun, hujan renyai turun semula kira-kira 40 minit kemudiannya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pengundi pos telah selesai membuang undi dua hari lalu, manakala pengundi biasa seramai 9,060 orang, akan membuat pilihan mereka hari ini di lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 80 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Sabtu meminta petugas BN supaya menanggalkan jaket dan menutup payung mereka yang mempunyai logo parti.

Menurutnya, tempoh kempen tamat tengah malam tadi, maka tiada lagi bahan kempen seperti baju dan payung boleh digunakan hari ini.

Pilihan raya DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor, pada 4 September lalu. Azman mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Polis telah menasihatkan pengundi khususnya supaya mematuhi arahan anggota pasukan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas, yang dijangka sesak berikutan kehadiran pelawat yang berkunjung ke pantai peranginan di situ pada hujung minggu.

Pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua lapan pusat mengundi terbabit.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan MPPD dan keputusannya
dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

8.51am Sekumpulan Pemuda Umno melaung kepada Pemuda PAS, sesiapa yang mahu arak, pergi ke Selangor.

8.50am Hujan renyai-renyai mulai turun di Teluk Kemang.

840am Hujan turun renyai-renyai semula di pusat mengundi SJK (T) ladang siliau.

8:25am Kira-kira 150 penyokong PAS berkumpul di luar sekolah kebangsaan Teluk Kemang untuk merayu undi. Beberapa orang pemandu kereta menunjukkan "tanda bagus" kepada penyokong PAS, dan penyokong membalas dengan laungan "Allahu Akbar".

8.20am Pemuda Kg Bagan Pinang menjerit "Anwar Rasuah" "Take Beer" dan "bapa rasuah". Ia sebagai membalas laungan penyokong PAS yang melaungkan "BN Rasuah". Kedua-dua penyokong melaung "Allahu Akhbar".

Kira-kira 100 penyokong PAS dan BN berkumpul di SJK (T) Ladang Siliau. Polis memantau keadaan. Langit kelihatan cerah, selepas hujan gerimis di sebelah pagi berhenti.

Kira-kira 100 penyokong PAS berhimpun di luar SK Telok Kemang dalam usaha terakhir merayu undi. Beberapa kereta yang lalu di situ membunyikan hon dan menunjukkan tanda sokongan. Penyokong PAS membalas balik dengan laungan 'Allahu Akhbar'.

8.05am Penyokong-penyokong PAS berdoa di luar pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ladang Siliau dalam Pekan Siliau.

8.00am Pengundian di Bagan Pinang bermula. Kira-kira 300 penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul di sepanjang jalan di pusat mengundi di Kg Bagan Pinang. Hujan yang turun sebentar tadi menyebabkan, ramai penyokong membuka payung masing-masing.

7.25am Polis mulai membuat sekatan di beberapa kawasan.

7.17am Hujan mulai turun seperti hari penamaan calon. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata ramalan cuaca hari ini dijangka hujan disebelah pagi, tidak seperti dua hari sebelum ini yang kelihatan cerah.

MOHON SUMBANGAN

KAMI AMAT MENGHARAPKAN SUMBANGAN
DARIPADA SUMBANGAN ANDA..!!!!!
A/C : 111 201 200 2206
AMBANK