JANGAN LEPASKAN PELUANG !!!!!!

PKR CABANG BATU GAJAH SEDANG MEMBUAT PENDAFTARAN PEMILIH BARU. (PENGUNDI BARU )


SILA HUBUNGI :
012-4646394 SDR ANTONI
012-4326371 PN PARAMESWARI

PROGRAM TAMBAH AHLI
HUBUNGI :
012-5062467 SDR FUAD
017-5195932 SDR HAZHA

NO 5B, JALAN DEWANGSA,
31000 BATU GAJAH,
PERAK.

DIBUKA SETIAP HARI SELASA
9.00 PAGI - 3.00 PETANG

EMAIL:batugajahpkr@gmail.com

Alamat surat menyurat:
BLOK F- 74, PERUMAHAN AWAM,
JALAN BEMBAN,
31000 BATU GAJAH, PERAK

09 January 2010

PERLETAKAN JAWATAN DATUK SALEHUDIN DITERIMA

Biro Politik PKR Pusat menerima perletakan jawatan Datuk Salehudin sebagai Setiausaha Agung sebentar tadi. Biro Politik juga bersetuju untuk melantik YB Saifudin sebagai Setiausaha Agung PKR bagi mengisi kekosongan yang di tinggalkan Datuk Salehudin.

KENYATAAN AMK PERAK

KENYATAAN MEDIA
SDR ROMIHADI B ROSE
NAIB KETUA AMK I
PARTI KEADILAN RAKYAT
NEGERI PERAK

TAJUK:
PROVOKASI PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MEMBAKAR GEREJA

Kami Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak ( AMK ) mengecam penuh tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membakar Gereja. AMK Perak berpendirian tegas tanpa berkompromi bahawa perbuatan menyerah Rumah Ibadat adalah sesuatu perbuatan yang tidak dapat diterima oleh sluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini.

AMK Perak menyatakan bahawa sebarang bentuk provokasi hendaklah dihentikan serta merta bagi memastikan bahawa keamanan dan tolenrasi antara agama yang diamalkan sepanjang 52 tahun kemerdekaan hendaklah dikekalkan.

AMK Perak percaya bahawa kejadian ini tercetus berikutan wujudnya ketidakfahaman kelompok tertentu diatas saranan Al Quran dan Hadis. Umat Islam perlu menghormati agama lain sebagai mana agama lain perlu menghormati Islam. Di dalam surah Al Kafiruun ada menjelaskannya.

AMK Perak menyarankan agar rakyat tidak bersikap emosional dalam menghadapi isu-isu ini. Tidaklah bermakna jika kita hanya mempertahankan nama ALLAH tetapi gagal mengikuti garis panduan yang telah ALLAH tetapkan di dalam Al Quran sebagai mana sebaik-sebaik panduan buat umat manusia seluruhnya.

AMK Perak mempunyai keyakinan , rakyat Malaysia akan dapat menyelesaikan isu ini tanpa diiringi sebarang konflik, denganizin ALLAH usaha kita untuk mengekalkan keamanan di negara ini diberkati juga.

Sdr Romihadi bin Rose
Naib Ketua AMK I
bagi pihak
Kepimpinan AMK Perak.
09 Januari 2010

08 January 2010

ABIM KUTUK KEGANASAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab membakar gereja.

Bangunan Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur terbakar tengah malam tadi, selepas dibaling dengan bom petrol.

Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, Abim mengutuk perbuatan itu kerana Islam tidak membenarkan sama sekali perbuatan seumpama itu.

"Saya menyeru dan berharap tidak ada tindakan yang agresif berlaku, dan hentilah sebarang niat mengenainya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengenai perhimpunan yang dirancang hari ini, Mohamad Raimi berkata, ia akan diteruskan tetapi sekiranya berlaku sebarang provokasi, ia akan dihentikan serta-merta.

Abim adalah antara beberapa NGO Islam yang merancang untuk mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat hari ini sebagai membantah isu penggunaan nama Allah oleh mingguan Katholik, Herald.

Dalam perhimpunan nanti, katanya, Abim akan meminta semua pihak semua bertenang dalam menghadapi isu tersebut.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya jangan mengeruhkan lagi keadaan.

07 January 2010

DATUK SALEHUDIN LETAK JAWATAN

Setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim telah meletak jawatan hari ini selepas berbulan-bulan tersebar spekulasi mengenainya.

Beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali serta kepada Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

04 January 2010

KENAPA DAN MENGAPA 2 MP PR NI....

Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Khalid Samad dari PAS dan Zulkifli Noordin dari PKR - bertelagah berhubung keputusan mahkamah mengenai penggunaan kalimah 'Allah'.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Samad yang merupakan ahli parlimen Shah Alam menuduh Zulkifli - ahli parlimen Kulim Bandar Baru, mempunyai 'mentaliti seperti Umno'.

Katanya, Zulkifli - seorang peguam Syarie - seharusnya menyelaraskan pandangannya mengikut pendirian partinya, yang mengalu-alukan keputusan mahkamah itu.

Khalid berkata, Zulkifli perlu membuat keputusan dia hendak bersama parti mana.

"Jika dia seorang pemimpin Umno, dia harus mengikut pendirian Umno seperti yang diperjelaskan oleh (Presidennya) Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika dia dalam PKR, maka dia harus mengikut pendirian parti itu," tambahnya.

Zulkifli tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya.

Khalid mengulas tulisan dalam blog Zulkifli semalam yang menggesa Khalid keluar dari PAS dan menyertai DAP kerana menyokong keputusan mahkamah tersebut.

Dalam mempertahankan pendiriannya itu, ahli parlimen Shah Alam itu berkata kalimah "Allah" telah digunakan secara meluas oleh bukan Islam sewaktu era Nabi Muhammad SAW dan oleh itu, ia tidak seharusnya menjadi isu sekarang.

Katanya, apa yang membezakan istilah tersebut ialah konsep triniti (dalam Kristian) dan dalam Islam, Allah itu Esa.
malaysiakini

KHALIMAH ALLAH NAK, HUDUD TOLAK

Apabila Umno dan sekutunya Ngo yang pro Umno melenting termasuk 'orang ' yang kasihan kepada Umno turut menyokong Umno dalam isu kalimah Allah aku hanya menganggap itu hanyalah gambaran orang munafik yang mengaku beriman kepada Allah sebenarnya mereka bukannya orang yang beriman. Kepada pemimpin Pas pula yang bersetuju akhbar Kristian itu guna kalimah Allah andainya dengan tujuan nak jaga hati orang kafir sebab tu bersetuju itu aku tak setuju. Jika kalimah Allah itu memang boleh digunakan oleh orang kafir berdasarkan hujah Al-Quran dan Hadis itu aku setuju.

Adakah Ngo -ngo Melayu dan Umno merasa terhina dan tercabar dengan kumpulan 'Black Metal' yang amalkan budaya Syaitan dengan kencing atas Quran, berzina atas Quran, pijak Quran dan puja Syaitan . Puak-puak ni terdiri daripada anak-anak muda Melayu beragama Islam.Apa tindakan Umno terhadap isu ini?

Apa nak dihairankan dengan orang munafik yang solat belakang Nabi Muhammad SAW macam Abdullah bin Ubai. Buat masjid pun Nabi suruh bakar. Apa nak dihairankan dengan Umno yang tolak Hukum Hudud di Kelantan dan juga Trengganu sehingga sampai sekarang tak terlaksana.Kalau Umno betul-betul nak kepada Kalimah Allah nak kepada Hukum Allah tolong desak supaya Kerajaan Persekutuan benarkan Hukum Hudud dilaksanakan di Kelantan. Tu baru betoi.Kalau Pas Kelantan pula kata tak mampu nak laksana bila Kerajaan Pusat kata boleh aku pun tak sokong Pas dah.

Apa isu pun kalau Umno sentuh bab Agama memang ada agenda politik . Kalau Umno kata tak ada agenda politik tu bohong namanya. Umno boleh cakap keluar 'buahTai chi' dan 'buah kun tau' untuk dipercayai rakyat.Hakikatnya Umno sendiri pada satu masa dulu nak buang perkataan Islam pada Parti Pas tapi tak kesampaian kerana semua jabatan Agama Islam ada perkataan ISLAM. Bagaimana pula dengan kalimah Allah yang ada pada pakaian seragam polis yang dipakai oleh orang yang bukan Islam? Tu nak kira macam mana?



"Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?"-Surah Al-Munafiqun Ayat 4
http://misaimerah.blogspot.com

DIA ANGKAT SUMPAH DAH....

Datuk Abu Kassim Mohamed hari ini mengangkat sumpah sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Abu Kassim, 48, menerima surat pelantikannya dari Yang di-Pertuan Agong.

Beliau menggantikan Datuk Ahmad Said Hamdan yang sebelum ini memohon untuk mempercepatkan tempoh tamat kontrak perkhidmatannya - dari 25 Mei 2010 kepada 31 Disember 2009.

Abu Kassim mewarisi SPRM yang reputasinya tercemar ekoran kematian Teoh Beng Hock tahun lalu.

SPRM turut dikecam kerana didakwa mengamalkan dwi-standard apabila menyiasat ahli politik BN dan Pakatan Rakyat.

Abu Kassim adalah lulusan ijazah sains social dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan ijazah sarjana dalam keadilan jenayah dari Michigan State University, Amerika Syarikat.

Beliau menyertai Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 September 1984 sebagai pegawai penyiasat. BPR kemudiannya ditukar namanya kepada SPRM tahun lalu.

Abu Kassim juga pernah berkhidmat sebagai pengarah perancangan dan penyelaras dasar di ibupejabat BPR, pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, pengarah Akademi Anti-Rasuah Malaysia dan pernah dipinjamkan ke Amanah Raya Berhad sebagai ketua bahagian integriti.

Beliau dilantik sebagai timbalan ketua pengarah (operasi) BPR pada 1 Januari 2001 dan kemudiannya berikutan penguatkuasaan akta baru pada 1 Januari 2009, beliau dilantik sebagai timbalan ketua pesuruhjaya SPRM.

03 January 2010

GEGAR DILANCARKAN

Satu gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Gelombang Rakyat (Gegar) akan dilancarkan dengan memfokuskan soal keadilan untuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anuar Ibrahim yang dikatakan sering dicemari konspirasi pihak Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Keadilan Perak, Mustaffa Kamil Ayub dalam pengumumannya melalui sidang akhbar di Wisma Keadilan Perak, semalam berkata, pelancaran Gegar bakal memberi ruang untuk menuntut keadilan terhadap pertuduhan kes-kes yang dialami Anwar berikut terdapat beberapa aspek undang-undang yang membolehkan tuduhan digugurkan.

“Dalam konteks Gegar, kami telah mula mengadakan ceramah-ceramah di setiap bahagian dan mengedarkan risalah-risalah kesedaran dalam mendedahkan konspirasi tersebut.

“Kami juga akan menaikkan sepanduk dan kain rentang di seluruh Perak sebagai sokongan kami terhadap Anwar Ibrahim,” katanya.

Mustaffa berkata, acara kemuncak Gegar dijadualkan pada 22 Januari ini di Pusat Aktiviti Sosial, Cenderong Balai, Sg. Manik.

Menurutnya, perhimpunan yang dikenali sebagai Himpunan Bersamamu Anwar Peringkat Negeri Perak itu akan diadakan secara besar-besaran dengan kehadiran Anwar sebagai pemidato utama yang pastinya dapat menyuntik semangat ahli-ahli Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk terus memberikan sokongan.

“Pada 25 Januari pula kami akan menggerakkan sebanyak mungkin rakan-rakan dan rakyat negeri Perak untuk hadir ke Mahkamah Jalan Duta sebagai membuktikan sokongan kepada Anwar dalam menegakkan keadilan.

“Dalam tempuh ini juga kami telah memutuskan akan mengadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk mempersembahkan memorandum sebagai merayu pihak Istana agar campur tangan dalam kes ini kerana Paduka Seri Sutan merupakan Ketua Agama,” katanya.

Selain itu dalam mesyuarat pimpinan keadilan negeri perak yang berlansung selama tiga jam itu, mereka turut membincangkan mengenai program aktiviti bertujuan menggerakkan program yang dinamakan ‘Mengakar dan Merimbun’ secara lansung kepada masyarakat.

“Aktiviti ini akan dilancarkan kepada enam buah kawasaan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan DUN Changkat Jering adalah titik permulaan disusuli dengan DUN Kuala Kurau, DUN Sungai Manik, DUn Behrang dan DUN Bukit Chandan.

“Fasa pertama ini lebih menumpukan kepada orang Melayu kerana terdapat sedikit masalah komunikasi mengenai politik kawasan desa lantaran serangan UUMNO kepada Melayu desa yang kononnya Pakatan menderhaka kepada raja dan menganggap Pakatan merupakan tunggangan kepada DAP.

“Objektif akan lebih mendampingi pengundi desa kerana selama ini Umno telah menggunakan saluran media sebagai menyampaikan maklumat yang tidak tepat berbanding dengan laporan media bukan Melayu yang lebih terbuka,” katanya.

Menurutnya, pada 17 Januari satu forom khas mengenai peranan masyarakat India dalam memperkasakan budaya politik baru Malaysia akan diadakan.

Katanya, ini merupakan kaitan dalam kejayaan konvension pertama Pakatan pada 19 Desember di mana sebahagian masyarakat India merasa masih belum dapat menyumbang ideal dan tenaga kepada budaya politik baru Malaysia.sinarharian

MOHON SUMBANGAN

KAMI AMAT MENGHARAPKAN SUMBANGAN
DARIPADA SUMBANGAN ANDA..!!!!!
A/C : 111 201 200 2206
AMBANK