JANGAN LEPASKAN PELUANG !!!!!!

PKR CABANG BATU GAJAH SEDANG MEMBUAT PENDAFTARAN PEMILIH BARU. (PENGUNDI BARU )


SILA HUBUNGI :
012-4646394 SDR ANTONI
012-4326371 PN PARAMESWARI

PROGRAM TAMBAH AHLI
HUBUNGI :
012-5062467 SDR FUAD
017-5195932 SDR HAZHA

NO 5B, JALAN DEWANGSA,
31000 BATU GAJAH,
PERAK.

DIBUKA SETIAP HARI SELASA
9.00 PAGI - 3.00 PETANG

EMAIL:batugajahpkr@gmail.com

Alamat surat menyurat:
BLOK F- 74, PERUMAHAN AWAM,
JALAN BEMBAN,
31000 BATU GAJAH, PERAK

22 October 2009

SIVAKUMAR DILARANG PAKAI BAJU KETIKA SIDANG?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar diingatkan supaya mematuhi kod pakaian yang ditetapkan bagi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berlangsung 28 Oktober ini.

Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan berkata, jika wakil rakyat DAP itu berdegil dan masih memakai jubah Speaker, maka beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya.

''Anda semua tahu apa yang akan berlaku jika ADUN Tronoh itu memakai jubah Speaker. Beliau mesti terima kenyataan bahawa dirinya bukan lagi Speaker DUN, beliau hanya ADUN biasa.

''Semua wakil rakyat mesti tahu apakah kod pakaian sidang Dewan. Sesiapa saja mengenakan pakaian yang tidak kena dengan peraturan sudah tentu tidak boleh masuk Dewan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Sejak peralihan kuasa kerajaan negeri daripada pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN), Sivakumar didapati telah tiga kali memakai baju Speaker secara haram.

Kali pertama beliau berbuat demikian ialah pada persidangan bawah pokok (3 Mac 2009), persidangan pada 7 Mei dan yang terbaru persidangan di sebuah hotel.

Selain memakai jubah berkenaan secara haram, Sivakumar turut menggunakan kepala surat rasmi dan alamat Pejabat Speaker Perak bagi mengeluarkan notis sesuka hati.

Ganesan berkata, bagi memastikan tindakan undang-undang boleh diambil, pihaknya telah membuat laporan polis semalam supaya Sivakumar memulangkan pakaian Speaker dan berhenti menyamar sebagai Speaker.

Jelas beliau, pakaian itu bukan milik individu sebaliknya milik institusi DUN serta kerajaan negeri dan ia mesti dipulangkan sebaik sahaja sesuatu jawatan dilucutkan secara sah.

Beliau berkata, jika Sivakumar masih enggan memulangkan pakaian jubah itu, wakil rakyat tersebut akan dianggap sebagai pencuri.

''Sebagai Speaker saya juga akan memastikan perjalanan sidang Dewan nanti berjalan lancar dan semua pihak perlu mematuhi dan menghormati institusi Dewan.

''Jangan lupa, institusi Dewan juga mempunyai bentara yang bertanggungjawab menjaga ketenteraman Dewan. Jadi fikirlah sendiri sebelum membuat sebarang kekecohan," ujar beliau.

Mengenai kenyataan media Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham semalam yang menegaskan pembangkang tidak mengiktiraf beliau sebagai Speaker, Ganesan berkata, pembangkang memang sengaja mahu mengelirukan rakyat.

''Saya dilantik secara sah mengikut Peraturan-Peraturan Tetap DUN dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak pada 7 Mei. Sivakumar pula sudah dilucutkan sebagai Speaker.

''Pembangkang sekarang cuma ada 28 kerusi. Majoriti sekarang berada pada pihak BN iaitu 31 kerusi termasuk tiga ADUN Bebas. Pembangkang boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu. Apa yang penting kita ikut peraturan," jelasnya.

KPP vs PAS

Lajnah Perpaduan Nasional PAS berharap cadangan untuk menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) sebagai sayap parti itu, akan menjadi kenyataan tahun depan.NONE

Pengerusinya, Dr Mujahid Yusof (kanan) berharap draf cadangan tersebut dapat diluluskan hujung tahun ini, seterusnya dibincang dan diputuskan dalam muktamar PAS tahun depan.

Katanya, draf cadangan tersebut kini "hampir selesai" untuk menjadikan kelab itu sebagai "sayap yang berperlembagaan".

"Di peringkat ini, (kita sedang) susun data (dan) maklumat (serta) kemaskini," katanya melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi, lajnah itu juga kini sedang menyusun dan membentuk barisan kepimpinan KPP melalui kursus-kursus akan yang dijalankan oleh parti itu.

Beliau diminta mengulas tentang perkembangan terbaru cadangan untuk mengangkat status kelab tersebut menjadi sebuah dewan.

Kenyataan tersebut dilihat sejajar dengan gesaan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang Sabtu lalu, yang mahu ahli kelab itu diterima sebagai ahli PAS dan kelab tersebut dijadikan sebagai sayap parti.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, rancangan parti itu untuk menjadikan KPP sebagai sayap parti sebagai usaha untuk memperkuatkan parti, memandangkan sokongan bukan Islam terhadap parti itu semakin meningkat.

Kelmarin, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dilaporkan berkata, jawatankuasa pusat PAS komited untuk menaikkan taraf KPP sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.

Menurut Nasrudin lagi, kepimpinan pusat masih menunggu draf cadangan daripada jawatankuasa teknikal untuk menjadikan KPP menjadi sebuah dewan.

pas 2007 muktamar 020607 hu pang chowBagaimanapun, kelewatan PAS untuk menyegerakan hasrat tersebut, turut mendapat reaksi Pengerusi KPP pusat, Hu Pang Chow (kiri) yang menggesa parti itu supaya mengotakan janji mereka untuk menjadi kelab tersebut sebagai sayap parti.

Reaksi yang sama juga ditunjukkan oleh pengerusi KPP bagi kaum India, N Balasubramaniam yang optimis dengan proses penaiktarafan kelab akan disegerakan ekoran kemerosotan sokongan kaum India kepada PAS dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, 11 Oktober lalu.

KPP ditubuhkan sejak tahun 2004 dan diusulkan untuk dinaik taraf menjadi sayap pada muktamar PAS pada 2007.

Terdapat kira-kira 30,000 ahli bukan Islam dalam kelab tersebut.

21 October 2009

PKR PERAK TOLAK YB BEBAS

PKR Perak tidak akan meletakkan harapan kepada dua wakil rakyatnya yang berpaling tadah kepada BN untuk kembali menyokong mereka semata-mata untuk membolehkan DUN negeri itu dibubarkan.

Walau timbul desas-desus menyatakan ADUN Behrang dan Changkat Jering telah berhubung dengan PKR negeri, parti itu tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka itu yang didakwa mementingkan "kepentingan sendiri", kata Ketua penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim.

Menurutnya lagi, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) serta Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dipercayai masih merupakan wakil rakyat bebas.

"Mereka ada berhubung dengan PKR negeri, itu maklumat yang kita dapat tapi kita tak dapat sahkan," kata Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Zulkifli juga berkata PKR perlu menolak sekiranya benar Jamaluddin dan Mohd Osman telah berhubung dengan PKR negeri untuk kembali menyokong parti tersebut.

"Saya nampak ia lebih kepada kepentingan peribadi, lebih-lebih lagi Behrang," kata Zulkifli lagi.

Beliau turut mendakwa Jamaluddin telah membuat beberapa rundingan melibatkan jawatan dengan BN, setelah keluar daripada PKR.

Menurut Zukifli lagi, rundingan yang dibuat oleh Jamaluddin itu adalah untuk membolehkan masyarakat setempat terus menyokongnya walaupun telah keluar dari parti.

Perbicaraan kes rasuah


Zulkifli mendakwa, Jamaluddin telah meminta kepimpinan BN negeri meletakkan dua orang calon ketua kampung di Behrang yang diketahui sebagai penyokong bekas wakil rakyat PKR tersebut.

"Dia kata kalau Umno tidak letakkan orang dia jadi calon ketua kampung, dia ugut untuk tidak akan sokong usul bajet negeri," kata Zulkifli lagi yang menjelaskan mengenai insiden yang diketahuinya berlaku kira-kira dua bulan lalu.

"Sekarang dua orang ketua kampung itu memang orang (Jamaluddin)," katanya lagi.

Kata Zulkifli lagi, kes rasuah yang masih berjalan terhadap mereka akan tetap digunakan oleh BN untuk menekan kedua-duanya.

Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada akhir Ogos tahun lalu atas tuduhan menerima rasuah masing-masing membabitkan RM100,000 dan RM5,000.

Zulkifli menegaskan, Pakatan Rakyat Perak kini harus menumpukan terhadap usaha jangka panjang dan bukannya bertindak semata-mata untuk memastikan DUN Perak dibubarkan.

Katanya lagi, walaupun Pakatan Rakyat di negeri itu sememangnya mahu pilihan raya peringkat negeri diadakan, tetapi tidak semestinya dengan mengembalikan sokongan Jamaluddin, Mohd Osman serta seorang lagi wakil rakyat DAP yang telah meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Dalam masa sekarang, kita tidak boleh letakkan harapan kepada mereka... Kalau mereka masih memihak kepada kita, mereka boleh sokong kita.

"Tapi saya tak rasa begitu sebab kalau mereka sokong, sudah tentu kerana sebab mereka berkepentingan," kata Zulkifli lagi.

KENYATAAN KETUA UMUM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat komited dalam memperkukuhkan gabungan tersebut walaupun terdapat laporan mengenai wujudnya pergeseran antara pemimpin tertingginya.

'Komitmen yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti adalah jelas," katanya sambil menambah bahawa mereka akan menangani apa sahaja kelemahan melalui bekerjasama sebagai satu pasukan.

Anwar menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sebagai tanda komitmen mereka, pemimpin tinggi dari DAP dan PAS turut hadir di sidang akhbar tersebut, termasuk Naib Presiden PKR, Azman Ali dan Datuk Zaid Ibrahim, yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan draf rangka kerja dasar bersama Pakatan.

Anwar juga menegaskan bahawa beliau tidak bimbang dengan komitmen pucuk pimpinan Pakatan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam gabungan tersebut.Bagaimanapun, katanya, mereka bersetuju bahawa kadang-kadang wujud ketidakselesaan di peringkat akar umbi.

Anwar juga mengingatkan bahawa perbezaan antara pemimpin gabungan itu perlu diselesaikan secara bermuafakat melalui saluran yang ada.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam Pakatan, terutama di peringkat akar umbi.

"Saya tidak bimbang langsung terhadap hubungan kami di peringkat pusat tetapi Umno sudah tentunya akan terus memainkan isu-isu tersebut," kata Anwar lagi.

Beliau juga menafikan wujudnya pergeseran antara Azmin - yang mempunyai masalah dengan para pemimpin PKR Sabah - dengan Zaid, yang telah melawat negeri itu walaupun mendakwa beliau telah dilarang ke sana oleh pucuk pimpinan parti itu.

Azmin telah dipetik dalam laporan media sebagai berkata Zaid tidak dihalang oleh sesiapa pun dalam parti itu daripada menghadiri majlis parti itu di Sabah.

Beliau menggesa Zaid memperjelaskan apa yang dimaksudkannya apabila beliau berkata ketua umum parti itu, Anwar Ibrahim tidak memberi restu kepadanya (Zaid) untuk melawat negeri itu.

20 October 2009

BUBARKAH DUN PERAK?

Pakatan Rakyat di Perak terus bersedia menghadapi pilihan raya mengejut peringkat negeri – seperti yang mereka tuntut – walaupun tidak sepenuhnya yakin BN berani mengadakannya dalam masa terdekat.

Desas-desus mengenai kemungkinan pilihan raya negeri dipanggil muncul semula susulan perkembangan terkini di negeri ini, antaranya sambutan besar sehingga 50,000 orang di program pelancaran 1Malaysia di Ipoh kelmarin.

Ia diperkuatkan lagi dengan semakan daftar pemilih baru peringkat Perak selama seminggu sehingga Isnin depan, selain kesediaan Pakatan Rakyat menyediakan manifesto baru untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.

Difahamkan, gabungan tiga parti pembangkang itu juga sedang menggiatkan jentera mereka.

Ura-ura lebih 20 ADUN BN sudah mengambil foto terbaru masing-masing menguatkan spekulasi negeri ini bakal menghadapi pilihan raya.

Satu sumber Pakatan Rakyat menyebut, masih tidak jelas tujuan foto itu diambil sama ada untuk dijadikan poster atau sebab-sebab lain.

Krisis politik terus berlarutan di Perak, antara yang penting perebutan jawatan menteri besar antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan penggantinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melalui proses mahkamah akan didengar awal bulan depan.

Sementara persidangan DUN untuk pembentangan belanjawan negeri bermula 28 Oktober di tengah-tengah pertikaian siapa Speaker yang sah – sama ada V Sivakumar atau penggantinya Datuk R Ganesan.

Walaupun mengalu-alukan pilihan raya negeri, Mohamad Nizar berkata, perdana menteri tidak seharusnya melihat kejayaan menganjurkan program 1Malaysia sebagai penanda aras sokongan rakyat Perak kepada BN.

"Kalau nak tengok populariti di satu program saja, kalau tengok (keputusan) Bagan Pinang saja tidak boleh kata (BN) boleh menang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita tahu rakyat masih menyokong Pakatan Rakyat."

BN bagaimanapun, tegasnya, masih perlu menghadapi rakyat untuk mendapatkan mandat sahih daripada rakyat.

"Kalau ia betul-betul yakin dengan persepsi itu, ia kena uji. Ia kena berani menghadap ke bawah duli Tuanku (Sultan Perak) dan mohon untuk adakan pilihan raya," kata ADUN Pasir Panjang.

Mohamad Nizar menambah, Pakatan Rakyat menjangka pilihan raya itu akan diadakan dan telah "lama bersedia" untuk menghadapinya. "Pakatan Rakyat sudah ada manifesto untuk pilihan raya ini," katanya, dengan menjelaskan ia disediakan sejak dua bulan lalu.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata BN mungkin akan memanggil pilihan raya berkenaan berdasarkan pemerhatiannya terhadap beberapa tanda awal.

Katanya, beliau difahamkan wakil-wakil rakyat BN Perak telah menjalani satu sesi rakaman foto di sebuah kedai gambar di negeri itu, kira-kira dua bulan lalu.

"Secara tradisinya, apabila wakil rakyat diambil gambar seperti itu, pilihan raya akan diadakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Gambar itu diambil lebih awal kerana ia perlu disunting bagi memastikan muka wakil-wakil rakyat BN tersebut kelihatan lebih menarik apabila dicetak pada bahan kempen, tambahnya.

Jelasnya lagi, DAP negeri membuat persediaan sejak tujuh bulan lalu dengan memberikan latihan berterusan.

Ngeh berkata, BN dipercayai akan mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan rakyat daripada perkembangan kes Mohamad Nizar-Zambry di Mahkamah Persekutuan, 5 November ini.

"Mereka boleh gunakan keputusan mahkamah untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa Zambry adalah menteri besar yang sah dan popular," katanya.

"Tetapi bajet negeri pula akan dibentangkan pada 28 Oktober (oleh Zambry). Jika mahkamah putuskan Nizar sebagai menteri besar yang sah, apa akan jadi dengan pembentangan bajet itu, adakah ia juga sah?"

Katanya, BN hanya akan memanggil pilihan raya jika keyakinan rakyat di negeri itu dilihat memihak kepada parti berkenaan.

"Setakat ini, situasi sekarang menunjukkan mereka akan meneruskan dengan cara sedia ada sehingga wujud keadaan lebih baik. Mereka mesti hendak wujudkan faktor feel good di kalangan rakyat dahulu," katanya.

Walaupun tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri, PKR masih belum pasti BN benar-benar ingin membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.

Naib Presidennya Mustaffa Kamil Ayub berkata tanda-tanda bahawa pilihan raya baru akan diadakan kini masih belum jelas.

"Nak kata 'tidak lama lagi pun, tidak boleh juga', BN sendiri pun nampaknya tidak berapa yakin (untuk adakan pilihan raya)," katanya, yang juga bekas pengerusi PKR Perak, kepada Malaysiakini hari ini.

Seperti Mohamad Nizar, yang juga timbalan I pesuruhjaya PAS Perak, Mustaffa Kamil tidak yakin kempen 1Malaysia pada Ahad lalu sebagai petanda penting pilihan raya dengan menyifatkan ia satu "proses biasa".

Beliau juga tidak pasti sesi rakaman gambar wakil-wakil rakyat BN ke arah mengadakan satu pilihan raya baru.

"Saya fikir (foto) itu proses biasa, mereka perlu juga sentiasa bersiap sedia kerana kerajaan sedia ada masih tidak stabil dan sentiasa dicemuh oleh rakyat," jelasnya.

Beliau mengakui PKR sedang mempergiat latihan kepada jentera parti bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya, antaranya, ejen tempat mengundi.

MOHON SUMBANGAN

KAMI AMAT MENGHARAPKAN SUMBANGAN
DARIPADA SUMBANGAN ANDA..!!!!!
A/C : 111 201 200 2206
AMBANK