JANGAN LEPASKAN PELUANG !!!!!!

PKR CABANG BATU GAJAH SEDANG MEMBUAT PENDAFTARAN PEMILIH BARU. (PENGUNDI BARU )


SILA HUBUNGI :
012-4646394 SDR ANTONI
012-4326371 PN PARAMESWARI

PROGRAM TAMBAH AHLI
HUBUNGI :
012-5062467 SDR FUAD
017-5195932 SDR HAZHA

NO 5B, JALAN DEWANGSA,
31000 BATU GAJAH,
PERAK.

DIBUKA SETIAP HARI SELASA
9.00 PAGI - 3.00 PETANG

EMAIL:batugajahpkr@gmail.com

Alamat surat menyurat:
BLOK F- 74, PERUMAHAN AWAM,
JALAN BEMBAN,
31000 BATU GAJAH, PERAK

29 October 2009

BUKAN SENANG NAK PUASHATIKAN SEMUA

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui bahawa parti pembangkang utama itu sedang berdepan dengan masalah dalaman ekoran peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya.

"Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya...," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak dua hari lalu, PKR menerima tamparan ekoran peletakan jawatan naib presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan dan timbalan ketua Wanita Sabah, Christina Liew serta desas-desus mengenai kemungkinan setiausaha agung, Salahuddin Hashim juga akan meletak jawatan.

Salehuddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan.

Jeffrey dan Liew meletak jawatan kerana kecewa dengan keputusan pimpinan tinggi PKR berkaitan beberapa isu - yang terbaru berhubung pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi PKR Sabah yang baru.

"Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya," kata Dr Wan Azizah.

"Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata," katanya.

Wan Azizah berkata, PKR akan menempuh saat sukar "untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya."

"Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti," katanya.

Wan Azizah tidak menyebut secara terperinci bentuk masalah tersebut, tetapi wujud kegelisahan dalam parti berhubung peranan yang dimainkan oleh pendatang baru, Datuk Zaid Ibrahim - bekas menteri Umno yang menyertai PKR empat bulan lalu.

Ia juga dipercayai ada kaitan dengan perebutan jawatan timbalan presiden PKR. Naib presiden Azmin Ali dan Zaid masing-masing dilihat berpotensi mengisi jawatan tersebut nanti. Jawatan itu kini disandang oleh Syed Husin Ali.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wan Azizah memberi jaminan kepada para penyokong parti itu bahawa PKR akan berusaha untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

"...saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

"Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi rakyat Malaysia," katanya.

No comments:

MOHON SUMBANGAN

KAMI AMAT MENGHARAPKAN SUMBANGAN
DARIPADA SUMBANGAN ANDA..!!!!!
A/C : 111 201 200 2206
AMBANK