# Pembangkang tidak wajar menyalahkan sistem jika rakyat tidak memihak kepada mereka dalam pilihan raya.
# Parti pemerintah turut mengalami situasi yang sama tetapi tidak pernah menuduh proses pilihan raya sebagai punca.
# Tahap ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) amat tinggi dan sistem sedia ada sentiasa ditambah baik bagi menjamin kredibiliti sistem pilihan raya.
# Daftar pemilih sentiasa dikemas kini melalui kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia.
PORT DICKSON 8 Okt. – Parti-parti pembangkang tidak wajar menyalahkan sistem sekiranya sebahagian besar rakyat tidak memihak kepada mereka dalam pilihan raya yang disertai.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, mereka harus sedar bahawa parti pemerintah turut mengalami situasi yang sama tetapi tidak pernah menuduh ia berpunca daripada proses pilihan raya.
Sehubungan itu beliau mahu pihak pakatan pembangkang lebih adil dan rasional tanpa membuat sebarang tuduhan melulu kerana SPR sedaya upaya berusaha memastikan pilihan raya yang dijalankan telus dan bebas.
‘‘Jangan salahkan sistem sekiranya mereka tidak mendapat sokongan rakyat. Parti pemerintah sendiri pernah berhadapan dengan masalah yang sama tetapi mereka tidak pula menyalahkan sistem.
‘‘Saya ingin tegaskan di sini sistem yang kita gunakan ini telus, bebas dan adil. Oleh itu mereka tidak perlu bimbang kerana tahap ketelusannya adalah amat tinggi malah kita sentiasa menambah baik sistem sedia ada bagi menjamin kredibiliti sistem pilihan raya yang dijalankan,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau proses undi Pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.
Turut bersama beliau ialah Pegawai Pengurus Pilihan Kecil DUN Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin serta pegawai-pegawai kanan SPR yang lain.
Sebanyak 4,602 layak sebagai pengundi pos melibatkan 4,571 anggota tentera dan 31 anggota polis.
Sementara itu Abdul Aziz berkata, dalam pertemuannya dengan wakil Pas semalam, beliau telah berbincang dan bertukar-tukar pendapat selain menjelaskan setiap isu yang timbul pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang khususnya mengenai daftar pemilih.
Beliau berkata, mereka yang hadir telah dimaklumkan bahawa daftar pemilih yang digunakan dijamin bersih dan bebas daripada sebarang pertindihan seperti mana yang didakwa oleh Pas sebelum ini.
Ujarnya, SPR tidak pernah mengabaikan perkara itu malah sentiasa memastikan ia dikemaskini melalui kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia.
‘‘Saya secara peribadi berusaha untuk memantapkan lagi perjalanan pilihan raya kita kerana saya berpegang pada konsep keadilan. Saya cuba memenuhi setiap tuntutan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan tujuan ketelusan.
‘‘Namun begitu saya akui saya mungkin tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak tetapi apa yang penting saya akan memastikan kredibiliti pilihan raya kita terpelihara,” katanya lagi.
Berhubung pertindihan nama pemilih seperti mana yang didakwa, beliau berkata, isu itu tidak timbul langsung kerana SPR telah memastikan nama yang tersenarai dalam senarai pemilih untuk pilihan raya kecil itu bersih khususnya melibatkan bekas angkatan tentera.
‘‘Tidak timbul untuk mendapat injunksi mahkamah dan sebagainya kerana daftar pemilih yang kita gunakan adalah sah dan dijamin bebas daripada nama pengundi tentera yang telah bersara,” katanya lagi.
Sementara itu beliau meminta Badan Bebas Pemantauan Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) supaya menghantar segera laporan setiap pilihan raya kecil yang telah dipantau selama ini.
‘‘Setakat ini Mafrel tidak pernah menghantar laporan kepada kami selepas mereka membuat pemantauan. Saya minta Mafrel segera menghantar laporan supaya kita dapat melihat cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh mereka.
‘‘Mereka tidak perlu menulis panjang cukup sekadar menyatakan cadangan-cadangan yang boleh membawa kebaikan kepada urusan pilihan raya di negara kita,” tambahnya.
SURAH AL-A'RAF : AYAT 179 Bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menyediakan Neraka Jahanam sebilangan besar daripada Jin dan Manusia,iaitu mereka yang mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk berfikir,mempunyai mata tetapi tidak menggunakannya untuk melihat,mempunyai telinga tetapi mereka tidak menggunakannya untuk mendengar,mereka sama seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi,mereka itulah golongan yang lalai.
JANGAN LEPASKAN PELUANG !!!!!!
PKR CABANG BATU GAJAH SEDANG MEMBUAT PENDAFTARAN PEMILIH BARU. (PENGUNDI BARU )
SILA HUBUNGI :
012-4646394 SDR ANTONI
012-4326371 PN PARAMESWARI
PROGRAM TAMBAH AHLI
HUBUNGI :
012-5062467 SDR FUAD
017-5195932 SDR HAZHA
SILA HUBUNGI :
012-4646394 SDR ANTONI
012-4326371 PN PARAMESWARI
PROGRAM TAMBAH AHLI
HUBUNGI :
012-5062467 SDR FUAD
017-5195932 SDR HAZHA
NO 5B, JALAN DEWANGSA,
31000 BATU GAJAH,
PERAK.
DIBUKA SETIAP HARI SELASA
9.00 PAGI - 3.00 PETANG
EMAIL:batugajahpkr@gmail.com
Alamat surat menyurat:
BLOK F- 74, PERUMAHAN AWAM,
JALAN BEMBAN,
31000 BATU GAJAH, PERAK
31000 BATU GAJAH,
PERAK.
DIBUKA SETIAP HARI SELASA
9.00 PAGI - 3.00 PETANG
EMAIL:batugajahpkr@gmail.com
Alamat surat menyurat:
BLOK F- 74, PERUMAHAN AWAM,
JALAN BEMBAN,
31000 BATU GAJAH, PERAK
09 October 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MOHON SUMBANGAN
KAMI AMAT MENGHARAPKAN SUMBANGAN
DARIPADA SUMBANGAN ANDA..!!!!!
A/C : 111 201 200 2206
AMBANK
DARIPADA SUMBANGAN ANDA..!!!!!
A/C : 111 201 200 2206
AMBANK
No comments:
Post a Comment