Sudahlah tiada bonus,tiada potongan atau insentif untuk rakyat, kerana 1Malaysia punya penangan, lagi cukai-cukai baru nak diperkenalkan untuk beban lagi rakyat yang memang sudah terbeban sekarang.
Dengan keadaan ekonomi negara yang dikelabui dengan angka-angka yang tidak relevan, tiada pelabur asing atau FDI dan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
Najib dengan bijaksana memperkenalkan menatang yang bernama GST, dalam bahasa melayu atau bahasa pasar, cukai barangan dan perkhidmatan...sedapkan enakkan...bukan rakyat diutamakan...rakyat disembelihkan kalau macam ni.
Jadi bersedialah untuk ditambah beban di atas kepala kita kerana secara tak langsung semua orang akan merasa tempiasnya nanti.
Ini bukan untung untuk rakyat jadi bersiap-sedialah untuk mengontangkan poket anda dengan beban cukai yang tah apa-apa ntah lagi.
Bagi sesiapa yang masih tak paham apa itu GST, bukalah kamus atau 'google'kan apa itu GST dan cuba pahamkan apa implikasinya kalau GST ini diluluskan.anakmudashahalam
Rang Undang-Undang GST Akan Dibentang Untuk Bacaan Pertama - Najib
NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rang undang-undang berkaitan cadangan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada akhir persidangan Dewan Rakyat sekarang.
Perdana Menteri berkata langkah itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet lepas."Ia akan membolehkan orang ramai memberi ulasan, melibatkan mereka, dan jika kami dapati ia perlu diperhalusi, kami akan lakukannya," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerjanya ke New York pada Isnin.
Najib yang juga Menteri Kewangan, bertemu media selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan pertemuan dengan para pelabur Amerika serta pengurus dana selain tokoh korporat terkemuka.
Beliau menegaskan bahawa jika kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan GST di Malaysia, ia akan dilakukan secara "berhati-hati".
"Ia tidak akan diperkenalkan secara tergesagesa," kata Najib yang menambah, jika GST menjadi kenyataan, kadarnya tidak akan membebankan golongan miskin dan kelas pertengahan Malaysia.
"Dan, ia tidak akan menyebabkan inflasi," katanya.
GST dicadangkan bagi menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada.Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan antara beberapa negara di rantau Asia Tenggara yang belum melaksanakan GST.
"Pada asasnya, seluruh dunia sudah melaksanakan GST," katanya.
No comments:
Post a Comment