Angkatan Muda Keadilan Selangor memandang serius terhadap tulisan oleh Raja Petra Raja Kamaruddin yang dikeluarkan di laman portal Malaysia Today. Dalam tulisan tersebut beliau membuat dakwaan mengenai usaha jahat UMNO/BN yang mensasarkan Januari 2010 untuk merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat.
Menurut beliau lagi terdapat usaha-usaha giat dan kotor pihak UMNO/BN untuk mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat melalui agensi-agensi kerajaan negeri seterusnya memburukkan nama baik kerajaan negeri Selangor. AMK Selangor berharap kepimpinan Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim dan seluruh kepimpinan dan pendukung PKR, PAS dan DAP memandang serius isu ini dan mengambil pendekatan pantas, prokaktif dan efektif.
AMK Selangor melihat trend situasi politik di Selangor kini seolah-olah wujud satu usaha kotor terancang pihak UMNO/BN untuk terus memburuk-buruk dan mengganggu kestabilan politik dan ekonomi di Selangor. Isu panas seperti penjualan arak, rumah ibadah, tangkapan Dr.Asri Zainal Abidin dan pelbagai isu panas lagi timbul dalam usaha menggugat kestabilan politik di negeri ini.

AMK Selangor mengambil pendirian tegas agar unsur-unsur sabotaj yang sengaja dilakukan dan dirancang ditangani segera dan tegas daripada terus mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian rakyat. Malahan AMK Selangor menjangkakan selepas ini akan berlaku lagi isu-isu panas yang sengaja ditimbulkan untuk 'membakar' hati dan perasaan rakyat di Selangor.
AMK Selangor berharap kepimpinan tertinggi mengambil serius dakwaan bahawa Januari 2010, UMNO/BN akan merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu tragedi politik rampasan kuasa di Perak berlaku. Justeru amat perlu dan kritikal kini agar Pakatan Rakyat Selangor memperkukuh strategi dan kerjasama untuk menghalang perancangan jahat UMNO/BN ini. Kita tidak mahu rakyat di Selangor akan terus diheret ke satu lagi konflik politik yang tidak perlu yang akan menghalang kemajuan dan perkembangan ekonomi pesat di Selangor.

AMK Selangor berharap rakyat Selangor akan terus memberikan sokongan dan dokongan padu kepada Pakatan Rakyat untuk terus memimpin perubahan. Rakyat pasti tidak mahu segala penyelewengan dana rakyat dan rasuah yang dilakukan Barisan Nasional terus berlaku lagi di negeri ini yang menjejaskan kebajikan dan pembangunan. Isu penyelewengan PKFZ, dakwaan rasuah bekas Menteri Besar dan exco, harga banglo jutaan ringgit dan pelbagai lagi sehingga kini belum selesai.
UMNO/BN kini umpama bahtera lapuk yang semakin uzur hanya menunggu masa dan detik untuk karam akibat salah laku, penyelewengan dana rakyat, skandal dan pelbagai jenayah politik. Justeru, diharap rakyat terus menolak Barisan Nasional yang gagal secara total memerangi rasuah dan mengembalikan daya saing ekonomi di peringkat serantau dan global.
AMK Selangor juga ingin mengingatkan agar ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk terus mendekati, menyelami dan bersama-sama dengan perjuangan rakyat. Pembaharuan dan reformasi pentadbiran kerajaan negeri Selangor perlu terus berjalan dan giat dilaksanakan agar Selangor muncul menjadi negeri contoh yang ditadbir dengan good governance, ketelusan dan keadilan.
AMK Selangor juga terus yakin dengan komitmen kakitangan awam dan agensi di bawah kerajaan negeri Selangor yang terus bersemangat tinggi, komited dan fokus untuk membantu kerajaan Selangor dan rakyat keseluruhannya. Kewibawaan dan profesionalisme mereka amat dihargai dan amat penting untuk merealisasikan gagasan Merakyatkan Ekonomi Selangor dan Negeri Berkebajikan mencapai kejayaan.UMNO/BN kini umpama bahtera lapuk yang semakin uzur hanya menunggu masa dan detik untuk karam akibat salah laku, penyelewengan dana rakyat, skandal dan pelbagai jenayah politik. Justeru, diharap rakyat terus menolak Barisan Nasional yang gagal secara total memerangi rasuah dan mengembalikan daya saing ekonomi di peringkat serantau dan global.
AMK Selangor juga ingin mengingatkan agar ADUN-ADUN Pakatan Rakyat untuk terus mendekati, menyelami dan bersama-sama dengan perjuangan rakyat. Pembaharuan dan reformasi pentadbiran kerajaan negeri Selangor perlu terus berjalan dan giat dilaksanakan agar Selangor muncul menjadi negeri contoh yang ditadbir dengan good governance, ketelusan dan keadilan.
Adalah dicadangkan mana-mana pihak individu dan agensi pentadbiran awam yang tidak selari dengan prinsip dan dasar kerajaan Negeri Selangor perlu dihadapkan ke lembaga disiplin dan Selcat. Ianya untuk memastikan gerak kerja pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan lancar dan sistematik serta mengelakkan sebarang usaha jahat pihak tertentu untuk mensabotaj pentadbiran dan nama baik kerajaan negeri Selangor.
AMK Selangor berharap semua pihak menolak segala usaha perancangan jahat dan kotor pihak UMNO/BN untuk merampas kerajaan Selangor sepertimana yang telah didedahkan kepada umum sebelum ini. Diharap pendukung dan rakyat Selangor mendoakan dan memberi sokongan padu agar kerajaan Pakatan Rakyat terus kukuh bertapak di Selangor untuk terus membela kebajikan rakyat dan membawa Selangor ke era kecemerlangan dan kegemilangan.
Kembalinya Selangor ke era pentadbiran Barisan Nasional adalah mimpi buruk yang amat ditakuti kerana jelas selama 50 tahun lepas telah banyak kerosakan dan kebejatan yang berlaku. Justeru beri peluang dan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk memperbaiki segala kesilapan dan kebejatan yang telah berlaku.
Akhirnya, AMK Selangor berharap seluruh kepimpinan tertinggi, pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan rakyat Selangor agar memperkukuh kerjasama bersepadu dan kefahaman serta mengelakkan pergeseran yang tidak menguntungkan. Pakatan Rakyat Selangor perlu bertindak pantas kerana masa semakin suntuk agar tragedi hitam politik seperti di Perak dijauhkan daripada berlaku.
*Kenyataan media oleh Mohd Ezli Mashut selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor.
copy: rakyat marhaen
No comments:
Post a Comment