JANGAN LEPASKAN PELUANG !!!!!!

PKR CABANG BATU GAJAH SEDANG MEMBUAT PENDAFTARAN PEMILIH BARU. (PENGUNDI BARU )


SILA HUBUNGI :
012-4646394 SDR ANTONI
012-4326371 PN PARAMESWARI

PROGRAM TAMBAH AHLI
HUBUNGI :
012-5062467 SDR FUAD
017-5195932 SDR HAZHA

NO 5B, JALAN DEWANGSA,
31000 BATU GAJAH,
PERAK.

DIBUKA SETIAP HARI SELASA
9.00 PAGI - 3.00 PETANG

EMAIL:batugajahpkr@gmail.com

Alamat surat menyurat:
BLOK F- 74, PERUMAHAN AWAM,
JALAN BEMBAN,
31000 BATU GAJAH, PERAK

16 October 2009

SELAMAT DEEPAVALI

Salam sejahtera,

Sempena Perayaan Deepavali yang bakal disambut masyarakat beragama Hindu di Malaysia pada 17 Oktober ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh yang menyambutnya. Pastinya rumah-rumah yang menyambutnya meriah dengan hiasan Rangoli yang berwarna warni serta hidangan makanan yang lazat menyambut kehadiran tetamu.

Jika dilihat dari kanta sejarah, perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali atau Pesta Cahaya disambut dengan penuh kegembiraan sebagai tanda kemenangan menurut kepercayaan masyarakat Hindu. Watak-watak seperti Rama dan Ravana serta Ram, Sita dan Laxman yang membayangi latar sejarah disebalik perayaan ini dapat dijadikan rujukan kepada soal universal yang berkaitan dengan manusiawi dan keadilan sejagat. Kegembiraan pesta cahaya ini dipancarkan dengan tafsiran bahawa sinaran cahaya yang menerangi itu dijadikan sebagai simbol yang dapat memadamkan kegelapan yang mewakili kejahatan dan penindasan.

Saya berharap agar melalui perayaan yang disambut ini, masyarakat India khususnya dapat menyemai nilai-nilai keadilan, toleransi dan menentang kezaliman serta penindasan dalam apa jua bentuk. Kegelapan lampau yang terbentuk akibat dari kongkongan sosial serta pengasingan perlu diterangi dengan cahaya kebangkitan yang bersemarak. Peluang pertemuan antara ahli keluarga yang jauh dan dekat, pertemuan antara pemimpin dan rakyat serta pertemuan antara sahabat handai perlu dijadikan landasan untuk bermaaf-maafan serta mengukuhkan perhubungan.

Dalam konteks Malaysia yang berbilang kepercayaan. Masyarakat lain terutamanya Muslim juga harus turut mengimbangi sikap toleransi mereka supaya cenderung kearah seperti yang dianjurkan Islam sendiri. Syak wasangka, perasaan curiga serta sikap yang menjuruskan kepada perkauman perlu dihapuskan. Janganlah gusar untuk memberi ucapan perayaan kepada mereka, sesuai dengan pendapat Ulama' Islam terkenal Al-Qaradhawi yang menyebutkan bahawa,"Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta'ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya."

Pendapat beliau itu disandarkan pada Surah An-Nisa' ayat 86 "Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa."

Oleh itu, saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India, semoga semangat perubahan dan membebaskan dari dari kesuraman serta kegelapan dapat dapat diteruskan.

Deepavali Nal Valthukal!


YANG BERHORMAT PUAN HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat

15 October 2009

TAN SRI MUSA HASAN MENGAMUK

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini membidas beberapa penulis blog yang mempertikai kredibiliti polis yang masih gagal mengesan pengendali laman web ”Malaysia Today”, Raja Petra Raja Kamarudin, untuk hadir ke mahkamah.

Beliau berkata kelemahan bukanlah di pihak polis tetapi sebaliknya Raja Petra sendiri yang melarikan diri dan mengelak daripada diadili di mahkamah.

"Buat apa dia lari? Kalau dia kata apa yang dia tulis itu benar datanglah.

Kita ada undang-undang oleh itu jawablah di mahkamah.

"Kalau lari maknanya dia tahu dia buat benda tidak betul. Kenapa kata kelemahan polis pula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

SIVAKUMAR MUNGKIN DITANGKAP KERANA MENYAMAR

" Ganesan yang mengistiharkan diri sebagai Speaker dewan didapati bercakap bohong dan beliau dengan ini kehilangan kelayakan menjadi Speaker mengikut perlembagaan Negeri Perak, demikian kenyataan rasmi Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds.Muhammad Nizar Jamaluddin di sini sebentar tadi.


Mengikut kenyataan rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 24hb Ogos 09 setiausaha badan prof itu,George Varughese mengesahkan bahawa Ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah beliau untuk melucutkan status peguam pada 17hb Ogos, iaitu satu tarikh di luar tempoh 3 bulan yang ditetap oleh undang-undang Kerajaan Negeri Perak.


Ganesan melakukan pembohongan yang besar bila mengaku sebagai Speaker, dia khianat dan menderhaka kepada Sultan. Kerana melanggar mengikut peruntukan perkara 36 A (5)Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession beliau pada atau sebelum 7hb Ogos, 2009...."

14 October 2009

JANGAN CAKAP BANYAK

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin bahawa beliau bersedia untuk mengiystiharkan harta yang dimiliki beliau. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk disiasat mengenai dakwaan-dakwaan bahawa beliau memiliki kekayaan yang sangat besar dan melampaui pendapatan beliau. Kenyataan ini tidak seharusnya hanya tinggal kenyataan dan hanya diulang kembali menjelang pilihanraya.



AMK dengan ini mencabar Khairy untuk mengisytiharkan harta beliau termasuk pegangan-pegangan secara langsung dan tidak langsung melalui nomini, wang yang disimpan di dalam akaun-akaun di luar negara dan kepentingan-kepentingan di dalam pelbagai perniagaan.



Penglibatan aktif Khairy di dalam bidang perniagaan bukan sahaja menimbulkan persepsi wujud salahguna kuasa, malah para peniaga juga menghadapi persaingan yang tidak adil khususnya untuk mendapatkan projek dan tender kerajaan. Justeru, memandangkan terdapat kesediaan daripada Khairy sendiri untuk beliau disiasat, AMK mendesak PM Najib Razak supaya segera mewujudkan satu badan bebas bagi menyiasat harta-harta yang dimiliki oleh Khairy yang sebelum ini merupakan menantu kepada Perdana Menteri dan juga selaku Ketua Pemuda yang tentunya akan mendapat kelebihan politik (political advantage) daripada kepimpinan tertinggi UMNO dan kerajaan.



YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak dari 1998 lagi, ketika dituduh memiliki harta sebanyak RM 3 bilion dengan tegas dan berani menyatakan kesediaan dengan mendesak satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang tidak berasas. Namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan dan hanya menggunakan isu ini sebagai bahan kempen murahan sewaktu pilihanraya kecil Bagan Pinang yang lalu.



Keengganan melakukan siasatan ini mewujudkan tanggapan umum bahawa Barisan Nasional mengambil sikap tidak apa terhadap mereka yang memiliki harta yang tersangat banyak sehingga melebihi kemampuan pendapatan.



AMK mendesak kerajaan untuk serius terhadap usaha membanteras rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan pemboloton kekayaan melalui cara-cara yang tidak sewajarnya.



Sekiranya ini tidak dilaksanakan dengan serius, maka impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara serba maju di mana kekayaan negara dikongsi secara adil tidak akan dapat dicapai. Seperti yang diungkapkan oleh Mahatma Gandhi: Kekayaan dunia adalah cukup untuk keperluan semua manusia, tetapi tidak mungkin cukup untuk memenuhi ketamakan manusia.



Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan

TANGGUNGJAWAB MELAWAN KEBATILAN



Kupasan Surah An Nur dan Surah Yusuf oleh Sheikh Ighsan Hendericks tengahari semalam di kediaman saya sangat mengesankan. Majlis dihadiri beberapa teman dan pimpinan parti seperti Dr Badrol Amin, Datuk Nazri Abdullah, Sdr Tian Chua, Sdr Sivarasa dan Sdr Shamsul Iskandar. Menggali tradisi seumpama al Quran al Kareem beserta hadith Rasulullah S.A.W sebagai asas perjuangan menuntut perubahan dan menegakkan Keadilan, kemudiannya disokong pula hujah tersebut dengan pengalaman menentang apartheid di Afrika Selatan, sahabat saya dari Afrika Selatan itu ternyata mengusik sanubari mereka yang hadir terutamanya ketegasan beliau mengenai Keadilan dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Kisah Nabi Yusuf yang dibuang saudaranya ke dalam perigi dan kemudiannya dianugerahi Allah Taala kepimpinan demi menjamin kesejahteraan manusia juga menjadi iktibar kepada semua. Sheikh Ighsan menegaskan adalah menjadi satu kewajipan untuk memenuhi tuntutan kepimpinan demi menghapuskan kebatilan serta kezaliman. Kisah ini menyorot saya ketika membentangkan belanjawan 1998 dengan menukilkan ayat 46-48 dari Surah Yusuf. Tujuh tahun makmur dan tujuh tahun yang gersang. Mudah-mudahan kita memperoleh pengajaran untuk sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang jerebu ekonomi.

ANWAR IBRAHIM

13 October 2009

SELESAIKAN DULU KERAJAAN HARAM PERAK

Sejumlah 92.15 peratus daripada 1,846 responden memilih supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak manakala 3.74 peratus menolak dan 4.12 peratus berkecuali melalui satu kempen Mengumpul Suara dan Pendapat Rakyat Tentang Krisis Politik Perak.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Perak, Ir Megat Sharifuddin Ibrahim berkata, kempen terbabit merupakan fasa pertama di mana ia telah dilancarkan pada 9 Ogos yang lalu dan berakhir pada 23 September.

Katanya, berdasarkan kepada keputusan kajian yang dijalankan, kebanyakan responden yang ditemui berpendapat DUN Perak wajar dibubarkan bagi menyelesaikan krisis politik terbabit.

WANITA IPOH BARAT MENGUGUT

Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Peletakan jawatan itu dikatakan berikutan krisis antara Ketua Wanita PKR Perak Fatmawati Salim dengan Pergerakan Wanita PKR Cabang Ipoh Barat.

"Fatmawati dengan sewenang-wenangnya merampas hak AJK (anggota jawatankuasa) apabila mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Okt ini tanpa pengetahuan mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mendakwa kira-kira 100 anggota Wanita PKR Cabang Ipoh Barat memberi kata dua kepada Fatmawati supaya meletak jawatan dalam tempoh 14 hari dari sekarang.

Katanya anggota terbabit termasuk barisan kepimpinan peringkat cabang berkenaan yang tersingkir selepas pimpinan negeri mengeluarkan notis mesyuarat pemilihan AJK baru pada 24 Okt ini.

11 October 2009

TS ISA SAMAD ADUN BAGAN PINANG

KEPUTUSAN PRK BAGAN PINANG

KIRAAN BERMULA....SEMUA MENANTI


5pm Semua lapan pusat pembuangan undi untuk pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang ditutup.

Proses pengiraan di semua saluran di pusat-pusat tersebut bermula tidak lama lagi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus pemilih, termasuk pengundi pos, keluar mengundi dalam pilihanraya kecil ini.

4.55pm Persaingan BN dan PAS dijangka sengit - majoriti calon yang menang dijangka tipis.

"Kalau (PAS) menang, tidak menang banyak. Kalau kalah, tidak kalah banyak," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, yang menyifatkan kedua-dua parti saling "kejar-mengejar."

Bagaimanapun BN yakin menang dan mempertahankan kerusi DUN tersebut.

"Pada jangkaan awal kita, 70 peratus daripada jumlah undi memihak kepada kita," kata Ketua Pemuda Umno Telok Kemang, Mohd Faizal Ramli.

65 % DAH MENGUNDI ( 3.00 PETANG )




Seramai 5,892 atau 65 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 3 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkannya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Seramai 5,371 atau 59.2 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 2 petang ini.

SETENGAH HARI NI...

1.33pm Seramai 4,905 pemilih, atau 54.1 peratus, di Bagan Pinang membuat penentuan antara calon BN atau PAS sehingga jam 1 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

1.27pm Pasukan peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Taman Desa Sirusa semalam menjelang hari pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang satu bentuk provokasi BN, lapor media rasmi parti itu Harakahdaily.

Isu tiga keping duit RM100 yang bernombor siri sama telah diadukan kepada polis.

12.54pm Lapan pusat pembuangan undi di DUN Bagan Pinang mulai lengang menjelang tengah hari, dipercayai penyokong dan pemilih berehat makan tengah hari.

12.25pm Seramai 4,220 pemilih, atau 46.5 peratus, di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 12 tengah hari ini dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.

12.10pm: Beberapa penyokong parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dilaporkan ditahan selepas berlaku satu pergaduhan di luar SK Teluk Kemang.

11.35am Insiden membaling batu dan botol air mineral berlaku di pusat pengundian di SK Teluk Kemang pada kira-kira jam 11.20 tadi. Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS.

11.20am Sebanyak 35.7 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 11 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

11am Calon BN, Tan Sri Isa Samad beredar dari Sekolah Bradwall di tengah laungan 'rasuah' oleh pemimpin PAS.

Isa berkata, peluang untuk beliau menang adalah cerah.

Ketika menemui seorang pengundi India, Isa berkata: "Jangan lupa dacing".

10.20am Seramai 2,168 atau 23.9 peratus pemilih biasa di Bagan Pinang keluar mengundi sehingga jam 10 pagi ini dalam pilihanraya kecil DUN tersebut. Pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

10.15am Calon BN, Tan Sri Isa Samad tiba di Ladang Siliau dan berjalan sejauh kira-kira 150 meter dari jalan utama ke pusat pengundian. Penyokong PAS di situ mula melaung menyindirnya berhubung isu politik wang.

10.10am Keadaan pusat pengundian di SK Panglima Adnan riuh rendah dengan penyokong BN dan PAS melaung antara satu sama lain. Kira-kira 5,000 orang berhimpun di situ. Beberapa penyokong sebuah parti kelihatan membaling botol air mineral melintasi jalan ke arah tempat penyokong PAS berhimpun.

9.30am Calon PAS, Zulkefly Mohd Omar tiba di SK Panglima Adnan, dengan diiringi ahli-ahli parti itu yang memakai baju dengan logo PAS. Beliau yakin mampu menang dan menggesa pengundi supaya keluar mengundi.

Sebelum itu, proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula sebaik sahaja pusat-pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini.

Hujan turun awal pagi tetapi berhenti sejurus selepas jam 8 pagi. Bagaimanapun, hujan renyai turun semula kira-kira 40 minit kemudiannya.

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pengundi pos telah selesai membuang undi dua hari lalu, manakala pengundi biasa seramai 9,060 orang, akan membuat pilihan mereka hari ini di lapan pusat pengundian yang melibatkan 18 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan kira-kira 80 peratus daripada pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Sabtu meminta petugas BN supaya menanggalkan jaket dan menutup payung mereka yang mempunyai logo parti.

Menurutnya, tempoh kempen tamat tengah malam tadi, maka tiada lagi bahan kempen seperti baju dan payung boleh digunakan hari ini.

Pilihan raya DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Kerusi itu kosong ekoran kematian penyandangnya dari BN, Azman Mohammad Noor, pada 4 September lalu. Azman mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Polis telah menasihatkan pengundi khususnya supaya mematuhi arahan anggota pasukan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas, yang dijangka sesak berikutan kehadiran pelawat yang berkunjung ke pantai peranginan di situ pada hujung minggu.

Pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang dan diikuti dengan pengiraan undi di kesemua lapan pusat mengundi terbabit.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan MPPD dan keputusannya
dijangka dapat diketahui seawal pukul 8 malam ini.

8.51am Sekumpulan Pemuda Umno melaung kepada Pemuda PAS, sesiapa yang mahu arak, pergi ke Selangor.

8.50am Hujan renyai-renyai mulai turun di Teluk Kemang.

840am Hujan turun renyai-renyai semula di pusat mengundi SJK (T) ladang siliau.

8:25am Kira-kira 150 penyokong PAS berkumpul di luar sekolah kebangsaan Teluk Kemang untuk merayu undi. Beberapa orang pemandu kereta menunjukkan "tanda bagus" kepada penyokong PAS, dan penyokong membalas dengan laungan "Allahu Akbar".

8.20am Pemuda Kg Bagan Pinang menjerit "Anwar Rasuah" "Take Beer" dan "bapa rasuah". Ia sebagai membalas laungan penyokong PAS yang melaungkan "BN Rasuah". Kedua-dua penyokong melaung "Allahu Akhbar".

Kira-kira 100 penyokong PAS dan BN berkumpul di SJK (T) Ladang Siliau. Polis memantau keadaan. Langit kelihatan cerah, selepas hujan gerimis di sebelah pagi berhenti.

Kira-kira 100 penyokong PAS berhimpun di luar SK Telok Kemang dalam usaha terakhir merayu undi. Beberapa kereta yang lalu di situ membunyikan hon dan menunjukkan tanda sokongan. Penyokong PAS membalas balik dengan laungan 'Allahu Akhbar'.

8.05am Penyokong-penyokong PAS berdoa di luar pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ladang Siliau dalam Pekan Siliau.

8.00am Pengundian di Bagan Pinang bermula. Kira-kira 300 penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul di sepanjang jalan di pusat mengundi di Kg Bagan Pinang. Hujan yang turun sebentar tadi menyebabkan, ramai penyokong membuka payung masing-masing.

7.25am Polis mulai membuat sekatan di beberapa kawasan.

7.17am Hujan mulai turun seperti hari penamaan calon. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata ramalan cuaca hari ini dijangka hujan disebelah pagi, tidak seperti dua hari sebelum ini yang kelihatan cerah.

09 October 2009

SPR lebih baik jadi SRP

# Pembangkang tidak wajar menyalahkan sistem jika rakyat tidak memihak kepada mereka dalam pilihan raya.

# Parti pemerintah turut mengalami situasi yang sama tetapi tidak pernah menuduh proses pilihan raya sebagai punca.

# Tahap ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) amat tinggi dan sistem sedia ada sentiasa ditambah baik bagi menjamin kredibiliti sistem pilihan raya.

# Daftar pemilih sentiasa dikemas kini melalui kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia.

PORT DICKSON 8 Okt. – Parti-parti pembangkang tidak wajar menyalahkan sistem sekiranya sebahagian besar rakyat tidak memihak kepada mereka dalam pilihan raya yang disertai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, mereka harus sedar bahawa parti pemerintah turut mengalami situasi yang sama tetapi tidak pernah menuduh ia berpunca daripada proses pilihan raya.

Sehubungan itu beliau mahu pihak pakatan pembangkang lebih adil dan rasional tanpa membuat sebarang tuduhan melulu kerana SPR sedaya upaya berusaha memastikan pilihan raya yang dijalankan telus dan bebas.

‘‘Jangan salahkan sistem sekiranya mereka tidak mendapat sokongan rakyat. Parti pemerintah sendiri pernah berhadapan dengan masalah yang sama tetapi mereka tidak pula menyalahkan sistem.

‘‘Saya ingin tegaskan di sini sistem yang kita gunakan ini telus, bebas dan adil. Oleh itu mereka tidak perlu bimbang kerana tahap ketelusannya adalah amat tinggi malah kita sentiasa menambah baik sistem sedia ada bagi menjamin kredibiliti sistem pilihan raya yang dijalankan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau proses undi Pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.

Turut bersama beliau ialah Pegawai Pengurus Pilihan Kecil DUN Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin serta pegawai-pegawai kanan SPR yang lain.

Sebanyak 4,602 layak sebagai pengundi pos melibatkan 4,571 anggota tentera dan 31 anggota polis.

Sementara itu Abdul Aziz berkata, dalam pertemuannya dengan wakil Pas semalam, beliau telah berbincang dan bertukar-tukar pendapat selain menjelaskan setiap isu yang timbul pada Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang khususnya mengenai daftar pemilih.

Beliau berkata, mereka yang hadir telah dimaklumkan bahawa daftar pemilih yang digunakan dijamin bersih dan bebas daripada sebarang pertindihan seperti mana yang didakwa oleh Pas sebelum ini.

Ujarnya, SPR tidak pernah mengabaikan perkara itu malah sentiasa memastikan ia dikemaskini melalui kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia.

‘‘Saya secara peribadi berusaha untuk memantapkan lagi perjalanan pilihan raya kita kerana saya berpegang pada konsep keadilan. Saya cuba memenuhi setiap tuntutan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan tujuan ketelusan.

‘‘Namun begitu saya akui saya mungkin tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak tetapi apa yang penting saya akan memastikan kredibiliti pilihan raya kita terpelihara,” katanya lagi.

Berhubung pertindihan nama pemilih seperti mana yang didakwa, beliau berkata, isu itu tidak timbul langsung kerana SPR telah memastikan nama yang tersenarai dalam senarai pemilih untuk pilihan raya kecil itu bersih khususnya melibatkan bekas angkatan tentera.

‘‘Tidak timbul untuk mendapat injunksi mahkamah dan sebagainya kerana daftar pemilih yang kita gunakan adalah sah dan dijamin bebas daripada nama pengundi tentera yang telah bersara,” katanya lagi.

Sementara itu beliau meminta Badan Bebas Pemantauan Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) supaya menghantar segera laporan setiap pilihan raya kecil yang telah dipantau selama ini.

‘‘Setakat ini Mafrel tidak pernah menghantar laporan kepada kami selepas mereka membuat pemantauan. Saya minta Mafrel segera menghantar laporan supaya kita dapat melihat cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh mereka.

‘‘Mereka tidak perlu menulis panjang cukup sekadar menyatakan cadangan-cadangan yang boleh membawa kebaikan kepada urusan pilihan raya di negara kita,” tambahnya.

08 October 2009

POS


Adakah ini penentu kemenangan ISA Samad...BERMULA PAGI TADI...

07 October 2009

PAKATAN RAKYAT MALAYSIA..parti baru?

Sebuah parti politik baru - Pakatan Rakyat Malaysia - akan dilancarkan di Sibu, Sarawak sebelum pilihanraya peringkat negeri itu, yang dijangka diadakan tahun depan.

Nama kontroversi tersebut dijangka menimbulkan kekeliruan di kalangan pengundi di Sarawak, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Penubuhan parti baru itu dipercayai disokong oleh ahli parlimen Bintulu dan pengerusi kelab penyokong BN, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurut sumber-sujber, parti baru akan diketuai oleh Gabriel Adit Demong, 59, ADUN Ngemah.

Adit, yang menyertai PKR tahun lalu, memenangi kerusi Ngemah sebagai calon Bebas pada 2006.

Beliau pernah menjadi naib presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) selama tiga penggal, tetapi tidak menyertai mana-mana selepas PBDS dibubarkan.

November lalu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar mengalu-alukan penyertaan Adit dalam PKR November lalu bersama-sama dengan 12,000 penyokongnya.

Dalam ucapannya ketika menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, Adit berkata sebab utama beliau menyertai PKR ialah kerana 'pengembirian politik' masyarakat Dayak di bawah kerajaan negeri BN.

Menurut Adit, PKR adalah landasan terbaik untuk menangani masalah sosio-ekonomi masyarakat Dayak.

MEDIA PRESS

Kenyataan Media PAS N31 Bagan Pinang

7 Oktober 2009


1. Terima kasih kepada semua pihak media kerana melaporkan membuat liputan media secara adil tentang perkembangan calon kita Zulkefly Mohamad Omar dan aktiviti kempen Pakatan Rakyat.

2. Pagi ini, saya tidak bercadang mengulas apa lagi amalan rasuah Umno BN kerana ia sudah menjadi rahsia umum kita semua. Saya bercadang menjelaskan soal ketidakupayaan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Umno sendiri menawarkan pembangunan hakiki untuk kepentingan rakyat. Semuanya palsu belaka.


3. Antara contoh yang begitu dekat dengan rakyat di sini, adalah isu penjualan 1,250 ekar tanah yang dicadangkan oleh dijadikan kandang babi moden suatu ketika dahulu, waktu meletusnya isu JE. Kerana tiada upaya menguruskan kerajaan, Isa sewaktu menjadi Menteri Besar sanggup memperdagang tanah cadangan itu di kalangan beberapa pemimpin Umno sehingga nilainya menjadi RM8,500 perekar. Pemimpin MCA tempatan juga mendapat habuan dari ketidakupayaan Isa mentandbiar ini apabila harganya melonjak 17 kali ganda menjadikannya 145,000 per ekar; sebelum benar-benar dibangunkan kandang moden itu. Laporan lanjut boleh dilihat sendiri dalam Malaysian Mirror.

4. Seterusnya, isu pemilikan beberapa pantai 1, 2 dan 3 di sepanjang Port Dickson oleh beberapa pemilik hotel dan sebagainya. Sedangkan tanah pantai tidak boleh dimilikindividukan oleh mana-mana pihak. Tuan Puan boleh melihat sendiri privatasi pantai di Hotel Mayangsari dan Bayu Beach Resort. Inilah yang disebut pembangunan palsu. Pembangunan palsu disebabkan ketidakupayaan pemimpin mengamalkan integriti atau melaksanakan rasuah dalam urus tadbir kerajaan.

5. Pendedahan ini tidak boleh dianggap diletakkan pada peribadi Isa sahaja, sedangkan di belakang Isa ini terdiri oleh kroni-kroni Umno yang lain. Apa yag ingin saya katakan, Isa sebenarnya tidak mampu menguruskan urus tadbir yang baik. Rasuah juga disebabkan Isa tidak mampu menyelesaikan beberapa pendedahan yang disebut ini; dll.

6. Pencalonan Isa yang dilihat tidak berkeupayaan membawa pentadbiran yang lebih integriti, kerana Umno sendiri tidak serius menangani rasuah. Lembaga Disiplin Umno sebenarnya menggantung keahlian Isa beberapa tahun lalu disebabkan isu rasuah. Tiba-tiba Umno juga mencalonkan Isa yang sebenarnya dilihat khalayak tempatan sebagai tidak mampu.

7. Rasuah itu sebenarnya sarat dilakukan dalam Umno BN. Sebab itu, ianya menatijahkan suatu kepalsuan. Umno tidak mampu menangani rasuah. Isa juga dilihat tidak mampu menunjukkan kepemimpinan yang lebih integriti dan bermaruah. Sesiapa disini mampu mengatakan bahawa apabila Isa menang di Dun Bagan Pinang ini, beliau mampu menangani permasalahan integriti dan rasuah ini.

8. Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Rasuah berleluasa kerana pemimpin tetap diberi sokongan walaupun tetap terbabit.” Sebab itu, kita berasa label Isa sebagai ikon pembangunan palsu itu sesuatu yang tepat.

9. Atas pertimbangan ini, saya fikir pengundi perlu menganggat pemimpin yang berkemampuan serta berintegriti; agar rakyat benar-benar mengecapi pembangunan yang hakiki, bukan pembangunan palsu. Calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar boleh menjadi alternatif pada kepemimpinan Dun Bagan Pinang.

10. Bersama kehendak rakyat!



Salehuddin Ayub
Naib Presiden PAS

05 October 2009

PEMBANGKANG MULAI TERTEKAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang akan terus menggunakan pelbagai taktik kotor dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri mahu jentera parti Barisan Nasional (BN) mematahkan tindakan tersebut dengan meningkatkan usaha mendekati dan memberi penjelasan kepada para pengundi kawasan terbabit.

''Kita beri amaran kepada ahli-ahli parti supaya menghadapi kemungkinan pihak parti lawan main kotor dan main kasar nak tunjuk belang.

''Maklum balas yang kita dapat, mereka berasa tertekan kerana calon kita (BN) jauh lebih popular," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Larut di Dewan Majlis Daerah Selama di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Menurut Muhyiddin, pembangkang akan menggunakan apa sahaja cara untuk memburuk-burukkan UMNO dan BN termasuk mengeluarkan surat-surat palsu mempertikaikan pencalonan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

02 October 2009

TETAP GANTUNG


Pilihanraya kecil DUN itu pada 11 Oktober ini bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Tan Sri Isa Samad yang juga bekas naib presiden Umno dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Mengulas lanjut, Anthony Loke yang juga ahli Parlimen Rasah tidak akan mengendahkan arahan terbaru SPR itu malah akan terus berkempen dengan meletakan bendera parti dan gambar pemimpin mereka.

"Memang kita sudah buat dan letakkan gambar pemimpin DAP dan PKR.

"Sebagai contoh, kalau gambar Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan, mungkin gambar pada banner 1Malaysia yang menggunakan beratus-ratus (wajah) orang lain, patut ditanggalkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan arahan terbaru SPR itu akan menyebabkan berlakunya "defisit dalam sistem demokrasi di Malaysia".

'Bawa ke mahkamah'

"SPR tidak faham demokrasi dalam pilihan raya di Malaysia. Ia sepatutnya digalakkan kepada sesiapapun untuk terlibat, turut sama berkempen.

"Ini kerana, pilihan raya adalah satu-satunya ruang untuk memilih pemimpin dalam negara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar berkata pihaknya akan terus meletakkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN tersebut.

Mengulas lanjut, beliau yang juga seorang peguam tidak akan teragak-agak untuk membuat semakan kehakiman sekiranya SPR arahan tersebut mempunyai alasan undang-undang.

"Arahan terbaru, sekiranya ada asas, kita akan ke mahkamah untuk membuat semakan kehakiman.

"Semakan kehakiman berlaku, sekiranya kita tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan. SPR kata kononnya ada alasan undang-undang, kita akan cabar, kalau mereka sungguh-sungguh laksanakan," katanya.

30 September 2009

DAPSY BIDAS AMK

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang hari ini membidas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff yang mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang secara giliran antara tiga parti yang kini menguasai negeri itu.

"Ini merupakan satu formula berbaur perkauman ciptaan Mohd. Yusmadi sendiri yang asyik gilakan kuasa sahaja," kata Setiausaha DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas cadangan Mohd. Yusmadi supaya jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru yang memberi peluang kepada semua kaum untuk menjadi pemimpin.

Mohd. Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau dilaporkan berkata, formula politik baru itu bagi menggantikan formula Barisan Nasional yang memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dan Timbalan Ketua Menteri kepada wakili Melayu.

Wei Aik berkata, tiada formula baru yang telah dipersetujui oleh pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang kini memerintah Pulau Pinang berhubung sistem penggiliran itu.

Beliau berkata, buat masa ini, DAPSY berpendirian bahawa belum sampai masa dan tidak perlu jawatan Ketua Menteri itu digilirkan.

Katanya, DAPSY mempertahankan jawatan Ketua Menteri supaya tidak digilirkan atas alasan bahawa sebarang pelantikan untuk jawatan itu mestilah diputuskan oleh parti yang menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dan bukan atas alasan kaum Cina adalah majoriti di negeri itu.

29 September 2009

UMNO TAKUT ISA


Tun Mahathir...DS Najib menolak pandangan beliau mengenai calon Bagan Pinang.
UMNO lebih selesa calon perasuah.

28 September 2009

ISA DICALONKAN KEMBALI


Walaupun di selubungi kontroversi di sebalik karier politiknya tetapi Barisan Nasional (BN) dijangka akan meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

GANESAN NAIK HANTU

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan sekali lagi bahawa Yb V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan dengan jelas adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Beliau menegaskan bahawa “Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar.”

“Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah kerana kuasa mempengerusikan sidang DUN masih di bawah Yb V.Sivakumar,” katanya.

Tambah beliau lagi “ Seluruh rakyat Perak mengetahui bahawa Yb V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN, sememangnya insiden mengusung keluar secara paksa speaker dari dalam dewan adalah tindakan ganas umno/bn yang telah memalukan seluruh rakyat Negeri Perak”

KIMMA, MAKKAL SAKHTI KOMPONEN BN

Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) berpendapat, terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri untuk memastikan MIC dapat menerima penyertaan Makkal Sakhti dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) sebagai anggota baru BN.
'Saya tidak fikir MIC secara mudah dapat menerima kemasukan parti Makkal Sakhti dan Kimma kerana kedua-duanya turut mewakili kaum India.Kata Zahid Hamidi

27 September 2009

IPF dianggap KULI


Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) berjanji terus komited menyokong kerajaan biarpun belum diterima sebagai anggota parti komponen dan dicemuh pembangkang sebagai kuli Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Puan Sri Jayashree Pandithan, berkata sokongan itu bukannya bersifat suka-suka tetapi berasaskan kepada komitmen yang ditunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

"Walaupun parti-parti pembangkang melabelkan IPF sebagai gurkha atau kuli BN dan mendakwa BN tidak akan menerima parti ini sampai bila-bila, kami akan tetap menunggu penuh setia sehingga permohonan menyertai BN diterima.

25 September 2009

T.MURUGIAH AKAN SERTAI MAKKAL SAKHTI

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah menegaskan beliau tidak akan menyertai pembangkang walaupun sudah dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP).

Murugiah berkata, walaupun kini beliau tidak mempunyai sebarang parti, namun beliau adalah penyokong kuat Barisan Nasional (BN).

“Walaupun saya tiada parti sekarang, saya mempunyai seramai 157,000 penyokong bersama saya yang turut keluar daripada PPP.

19 September 2009

SALAM YB TAI SING NG

SALAM AIDILFITRI DARIPADA SAYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM KHUSUSNYA AHLI JAWATANKUASA CABANG BATU GAJAH..
SELAMAT HARI RAYA...

YB SDR TAI SING NG
KETUA CABANG BATU GAJAH
ADUN DUN KUALA SAPETANG

16 September 2009

SATU LAWAN SATU DI SANAQ



Usaha partiparti pembangkang untuk membentuk pakatan di Sarawak bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang tidak memberi ancaman kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg semalam.

Beliau berkata empat parti pembangkang DAP, Parti Keadilan Rakyat, Parti Nasional Sarawak (SNAP) dan PAS tidak akan dapat bekerjasama walaupun pemimpin parti berkenaan "tidur di bantal yang sama tetapi mempunyai mimpi berlainan."
Kelmarin, pemimpin empat parti pembangkang mengadakan mesyuarat di sini yang dipengerusikan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayup yang juga Pengerusi Majlis Kepimpinan PKR dalam usaha membentuk parti pakatan di Sarawak.

Bertujuan mewujudkan gabungan yang kuat di Sarawak bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang, ekoran mandat kerajaan sedia ada tamat pada 2011, PKR mengadakan mesyuarat bagi membincangkan peruntukan kerusi untuk pertandingan satu lawan satu menentang BN.

BERI SAYA 5 MINIT.....




MEREKA BOLEH KUTUK SAYA 4 HARI 4 MALAM, TETAPI BERI SAYA 5 MINIT UNTUK SAYA JELASKAN KEPADA RAKYAT DASAR PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT...( DSAI )

15 September 2009

DIA BUKAN AHLI PKR...

Shahrudin Abdul Hamid, yang mahu bertanding menentang PAS dan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang Oktober ini bukan lagi ahli PKR, kata setiausaha cabang Teluk Kemang.

"Beliau (Shahrudin) telah berhenti menjadi ahli PKR. Dia mahu bertanding atas tiket bebas, itu pilihan dia. Ia (keputusan itu) tidak ada kaitan dengan PKR Teluk Kemang," kata Rusli Abdullah.

Beliau diminta mengulas tindakan Shahrudin yang menawarkan diri bertanding di kerusi DUN tersebut, yang bermula 3 Oktober ini, yang mungkin menyebabkan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru.

Shahrudin, bekas kakitangan di pejabat ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas semalam mendakwa dirinya masih lagi ahli jawatankuasa PKR ranting Kota Lukut.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Rusli berkata, Shahrudin telah berhenti daripada menjadi ahli parti lebih dari enam bulan.

Tambahnya, PKR juga tidak mempunyai ranting di kawasan yang disebutkan semalam.

"Mungkin masih dalam penajaan. Tetapi kita tidak pernah luluskan mana-mana ranting di Kota Lukut. Dulu permohonan keahlian Shahrudin pun dibuat terus kepada cabang," kata Rusli.

MAKLUMAT PENTING NAK KE BAGAN PINANG

Info pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang:

Tarikh penamaan calon: 3 Oktober 2009 (Sabtu)

Tarikh pengundian: 11 Oktober 2009 (Ahad)

Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Tempat proses pengeluaran dan pengiraan undi: Bilik mesyuarat pejabat daerah Port Dickson.

Tarikh daftar pemilih dikemas kini: 4 September 2009

Jumlah pemilih berdaftar: 13,664 orang

Jumlah pemilih biasa: 9060 orang

Jumlah pemilih pos: 4604 orang

Pecahan pemilih mengikut kaum: Melayu - 8,577 orang (62.77 peratus), India - 2,834 orang (20.74 peratus), Cina - 1,498 orang (10.96 peratus) dan lain-lain - 755 orang (5.54 peratus)

Pecahan pemilih mengikut jantina: Lelaki - 7,912 orang (57.9 peratus) dan perempuan - 5,752 orang (42.10 peratus)

Jumlah pusat mengundi: 8 pusat melibatkan 8 sekolah

Jumlah saluran mengundi: 18 saluran

Pegawai Pengurus: Abdul Wahab Shamsuddin - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson

Jumlah petugas SPR: 275 orang

14 September 2009

TAHNIAH PEMUDA PR PERAK, HANCURNYA PEMUDA BN

PENUBUHAN JAWATANKUASA PEMUDA PAKATAN RAKYAT TERDIRI DARIPADA PKR,PAS SERTA DAP AKAN MENJADI KENYATAAN ESOK JAM 10.00 MALAM..
PENUBUHAN INI BAGI MENYELARAS SEMUA AKTIVITI-AKTIVITI PEMUDA AGAR IANYA SENADA DALAM MEMBUAT KENYATAAN ATAU AKTIVITI-AKTIVITI LAIN...
TAHNIAH PEMUDA PAKATAN RAKYAT....

Dalam pada itu,kecaman terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung MIC semalam adalah melampau dan amat biadab, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya BN dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.

"Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.

"Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN," katanya dalam satu kenyataan.

12 September 2009

ZIARAH RAMADHAN

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN ANGKATAN MUDA KEADILAN PERAK BERSAMA KETUA AMK PUSAT

MAJLIS BERBUKA PUASA DI PEJABAT CABANG TELUK INTAN

PENTAS PEMUDA PAKATAN RAKYAT DI DUN HUTAN MELINTANG


















JANGAN BERLAGAK KATA "RON"

“Rakyat benci sekiranya kamu berlagak, salah guna kuasa dan tunjukkan kekayaaan. Rakyat sayang jika kita jadi pembela rakyat yang sebenarnya," katanya.

Dalam ucapannya juga, Najib turut menempelak Pakatan Rakyat.

"BN adalah institusi politik yang terlalu banyak berjasa kepada negara, kerana berusaha membina perpaduan politik, maka Malaysia boleh membangun dan berjaya sebagai sebuah negara bangsa.

"Pembangkang belum tahu bagaimana memerintah negara. Satu parti nak sekular, satu parti nak negara Islam, dan satu lagi entah apa nak buat.

"Saya nak tanya pembangkang, janji Kampung Buah Pala. Siapa janji kepada penduduk Kampung Buah Pala.... kalau kami menang kamu akan tetap berada di sini selama-lamanya," katanya.

Menurut Najib, sebenarnya Pakatan telah menyalahi janji tetapi BN akan menunaikan janji-janjinya kepada rakyat.

Perpaduan kaum

Najib yang juga presiden Umno mahu melihat BN sebagai sebuah parti yang inklusif dan meraikan kepelbagaian, sesuai mengikut acuan dan konsep 1Malaysia iaitu bersikap adil dengan semua kaum.

"Kita harus mengingatkan diri kita, bukan sahaja di dalam dewan ini, tetapi di luar dewan, kita harus mengingatkan generasi muda bahawa negara kita terkehadapan kerana permuafakatan antara kaum,” katanya.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Najib melaungkan kata semangat kepada perwakilan, "Tunjukkan kamu bersama-sama dengan BN" beberapa kali.

"Kita berkongsi satu cita-cita, kita berkongsi 1Malaysia," kata Najib sambil disambut oleh teriakan "ya" dan tepukan gemuruh daripada perwakilan yang hadir.


mkini

11 September 2009

MENGAPA DAP

DAP semalam menjangkakan Pakatan Rakyat (PR) berhadapan laluan sukar untuk memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Setiausaha Publisiti parti itu, Tony Pua berkata, calon Pas yang mewakili PR nanti pada kerusi DUN tersebut juga perlu sedar PR awal-awal lagi PR sudah kalah dengan kira-kira 5,000 undi pos yang didakwanya pasti berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Oleh kerana SPR tidak memansuhkan Borang Lampiran 2 yang mengandungi butiran peribadi termasuk nama, Mykad dan nombor siri kertas undi membuatkan pengundi pos yang terdiri daripada kalangan anggota polis dan tentera berasa tertekan kerana mereka tidak diberi kedudukan yang bebas dalam memilih pemimpin.

“Nampaknya, BN menggunakan perang psikologi untuk meraih undi daripada pengundi pos agar memberi kemenangan kepada parti itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, tindakan SPR tidak memansuhkan butiran peribadi di dalam Borang Lampiran 2 bagi pengundi pos adalah tidak adil.

“Kami masih meragui ketelusan undi pos terutama di kalangan anggota polis dan tentera kerana dipercayai ada di kalangan pengundi pos berkenaan dibayangi ugutan oleh pihak tertentu menyebabkan undi mereka hanya menyebelahi satu pihak sahaja.

“SPR sehar:usnya tidak memberi tekanan kepada pengundi pos yang majoritinya terdiri daripada kakitangan kerajaan dengan memaksa mereka melengkapkan butiran peribadi dalam borang 2 tersebut,” katanya.

Walaubagaimanapun, Tony berkata, DAP akan memberikan sokongan padu kepada jentera Pas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut dari DAP iaitu yang berjiran dengan Bagan Pinang akan memberi sepenuh kerjasama memastikan Pas menang kerusi tersebut.

“Kita harap pada pilihan raya DUN Bagan Pinang ini, PR dapat menguasai pengundi daripada kaum Cina dan India,” katanya.

Kelmarin, PR Negeri Sembilan sepakat mencadangkan supaya parti Pas bertanding bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor akibat jangkitan dalam darah, Jumaat lalu.

Pada pilihan raya umum lepas, Azman, 54 mewakili BN menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang hanya memperolehi 4,097 undi.

http://sinarharian

10 September 2009

BETOI KE NAJIB BENARKAN MOHD NAJIB JADI CALON BN

Mohd Najib Isa - anak kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad - adalah antara nama yang kini disebut-sebut dicalonkan mewakili BN bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Pilihan itu dibuat kemungkinan kerana beliau mampu menarik sokongan pengundi terutama anak muda di kawasan tersebut dan juga menumpang tuah bapanya yang cukup berpengaruh di Teluk Kemang.

Isa yang juga bekas naib presiden Umno adalah ketua Umno bahagian di Teluk Kemang dan Najib adalah ahli jawatankuasa bahagian merangkap naib ketua Pemuda bahagian.

Sebelum ini, nama Isa juga disebut-sebut mungkin dipilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil itu kerana mempunyai ramai saudara mara di Bagan Pinang.

Sekiranya Mohd Najib (kanan sekali) dipilih, ia juga secara tidak langsung boleh memberi kemenangan kepada anaknya untuk mempertahankan kerusi itu yang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor.

Azman yang juga bekas naib ketua bahagian itu, meninggal dunia Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Dalam pilihan raya umum tahun lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Selain Isa dan Najib yang disebut-sebut untuk dicalonkan bertanding di kerusi tersebut, ada beberapa calon lagi, yang akan dipertimbangkan untuk menjadi calon.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Setiausaha bahagian Mansor Ibrahim berkata terdapat tujuh atau lapan ahli jawatankuasa bahagian yang disenaraikan untuk pertimbangan bahagian untuk dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Bahagian itu akan bermesyuarat untuk membincangkan pemilihan calon dan persiapan jentera pilihan raya BN, di Kelab Golf Port Dickson jam 5 petang ini.

Manakala Pesuruhjaya PAS, Zulkefly Mohamad Omar pula adalah antara tiga pemimpin PAS yang diura-urakan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Dua lagi nama ialah bekas pesuruhjaya PAS negeri, Dr Rosli Yaakob dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir.

Mkini/bm

09 September 2009

TIADA SIAPA BERKEHENDAK


(DURI DALAM GULUNGAN)

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan Umno.

Bagaimanapun, parti itu sedia bekerjasama dalam dua aspek yang lain iaitu 'federalisme'dan kepentingan ummah parti itu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk Umno.

"Kalau soal nak bincang kerjasama Umno dengan PAS dalam isu politik, memang tidak perlu diadakan apa-apa lagi perbincangan kerana kita sudah ada polisi bersama dengan PR.

"Kita sudah ada ikatan dengan PR dan kita akan menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama-sama untuk menentang BN," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, tengah hari Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa Umno bersedia untuk berunding dengan PAS demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Kelmarin,Najib yang juga Presiden Umno berkata,parti itu sedia untuk berunding dan mengadakan perbincangan dengan demi membangunkan umat Islam.

Namun tegasnya, dalam usaha ke arah itu beliau tidak rela Umno dan mereka yang menyokong parti itu dihina, dipersoal dan diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pintu rundingan di antara PAS dan UMNO mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini sudah tertutup rapat.

Beliau berkata, soal itu telah berlalu dan tidak perlu dibangkitkan lagi kerana sudah tidak ada lagi apa-apa perkara yang hendak dirundingkan.

Menteri Besar itu sebaliknya berkata, pihaknya bersedia mengadakan rundingan jika ia berkaitan isu pemberian royalti minyak kepada kerajaan PAS Kelantan.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Mustafa yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, dalam konteks hubungan kerjasama 'federalisme' antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri PAS akan menerimanya kerana parti memimpin dua negeri iaitu Kedah dan Kelantan sementara Umno menjadi teras kepada pemerintahan kerajaan pusat.

"Dalam konteks ini, bukan sahaja perlu ada hubungan tapi perlu dipertingkatkan untuk kepentingan rakyat kerana banyak isu yang berkait dengan pembangunan negeri kerana peruntukkannya diperoleh daripada kerajaan pusat," katanya.

Kata Mustafa, dalam perkara yang berkaitan dengan kepentingan negara dan ummmah, PAS boleh berbincang dengan mana-mana pihak. "Contohnya isu Palestin. Pendirian seluruh rakyat Malaysia tetap sama dalam menentang keganasan.

"Kita boleh bekerjasama dengan parti-parti yang ada di Malaysia, dalam isu kepentingan ummah dan negara ini kita tidak ada batasan.

"Saya sendiri tidak jelas dengan kenyataan Najib, peringkat kerjasama yang bagaimana beliau maksudkan. Kalau soal kerjasama dari sudut hubungan kerajaan pusat dan negeri, kita (PAS) tidak ada masalah dari polisi sedemikian," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa hubungan PR tidak akan kekal lama ekoran beberapa masalah dalaman yang gagal diselesaikan oleh mereka, Mustafa berkata, masih terlalu awal untuk berkata sedemikian.

"Masih terlalu awal dalam soal kita bercakap dalam soal penyatuan PR. Saya boleh berbeza dengan Kit Siang dalam hal ini.

"Apa yang perlu kita buat adalah bagaimana hendak perkukuhkan PR dan tidak sepatuntya menjangka ia (PR) akan berpecah," katanya.

Namun Mustafa, mengakui bahawa PR ialah sebuah gabungan yang longgar kerana ia belum didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah.

"Namun dalam beberapa pilihan raya kecil kita telah bersama dan insya-Allah kita akan bersama dalam piliha raya umum ke-13 nanti," katanya.

Semalam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata kenyakinan rakyat terhadap PR semakin terhakis ekoran masalah dalaman yang dihadapi oleh gabungan itu.

** UMNO KINI SEMAKIN TERSEPIT,MERUNDUM KEBAWAH TALIAIR LALU HANYUT HINGGA KE MUARA.

07 September 2009

PEMUDA PAKATAN RAKYAT



IPOH, 7 Sept:- Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak telah selamat ditubuhkan dalam satu pertemuan rasmi yang diadakan di Pejabat PAS Perak di sini. Sekretariat yang mengabungkan wakil Pemuda dari parti PAS, PKR dan DAP itu mencapai kata sepakat dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Dalam kenyataan bersama sekretariat itu adalah gabungan dari wakil 5 orang bagi setiap parti. Mereka ialah Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda, Setiausaha, Ketua penerangan dan Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda.

Hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ust Zainuri Amin, Ketua Angkatan Muda Keadilan , YB. Abd.Yunus Jamhari, Ketua Pemuda DAP, YB. Wong Kar Wok serta wakil-wakl lain mewakili parti masing-masing.

“Saya dengan ini mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengucapkan tahniah dengan penubuhan Sekretariat Pemuda pakatan Rakyat dan ini membawa erti yang sangat besar kearah memantapkan lagi gerak kerja Pakatan Rakyat di negeri Perak” Kata Drs. Khalil dalam kenyataan ringkas selepas mesyuarat tersebut..

PIMPINAN AMK NEGERI PERAK....


YB YUNUS KETUA AMK NEGERI

YB CHAN MENG KAI TIMBALAN KETUA AMK NEGERI

SDR GANESAN NAIB KETUA AMK

SDR AKHDHOR NAIB AMK NEGERI

SDR ROMIHADI NAIB AMK NEGERI

SDR ADDY SHAM TIM KETUA PENERANGAN

SDR MOHD YUSRI KETUA PENERANGAN

SDR NOOR AZLAN BENDAHARI

SDRI NG SHY CHIN PENOLONG SETIAUSAHA 1

SDR SHAMSHUL SETIAUSAHA AMM NEGERI

MOHON SUMBANGAN

KAMI AMAT MENGHARAPKAN SUMBANGAN
DARIPADA SUMBANGAN ANDA..!!!!!
A/C : 111 201 200 2206
AMBANK