














SURAH AL-A'RAF : AYAT 179 Bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menyediakan Neraka Jahanam sebilangan besar daripada Jin dan Manusia,iaitu mereka yang mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk berfikir,mempunyai mata tetapi tidak menggunakannya untuk melihat,mempunyai telinga tetapi mereka tidak menggunakannya untuk mendengar,mereka sama seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi,mereka itulah golongan yang lalai.
Proses pemilihan pemimpin dalam PKR kali ini berlainan sedikit berbanding dengan proses sebelum ini berikutan pindaan perlembagaan parti berkenaan baru-baru ini yang turut meminda peraturan pemilihan pemimpin. Menerusi keadaah baru ini, pimpinan peringkat cabang boleh mendaftarkan untuk bertanding apa saja jawatan dengan mendapat satu penyokong dan satu pencadang.Pengumuman itu dibuat Zulkifli dalam sepucuk surat rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertarikh semalam.
Beliau yang memuat turun surat itu dalam laman blognya, zul4kulim.blogspot.com memaklumkan kini tidak lagi menjadi Ahli Parlimen PKR sebaliknya wakil rakyat Bebas yang tidak terikat pada mana-mana whip parti.
Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu, beliau belum menerima surat secara rasmi daripada wakil rakyat PKR yang telah mengisytiharkan keluar daripada PKR.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya baru sahaja mendapat surat kelulusan daripada ROS kira-kira dua minggu lalu.
“Kami perlukan masa untuk menyebarkan peraturan-peraturan dan etika baru mengenai pemilihan parti, memandangkan kami akan menjadi parti pertama di Malaysia yang membolehkan setiap ahli parti mengundi dalam pemilihan parti," katanya yang menambah bahawa PKR mempunyai lebih kurang 460,000 ahli.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa PKR sedang menyusun perancangannya semata-mata untuk memberi ruang kepada perbicaraan liwat penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bagi mengelakkan kehilangan lebih ramai ahli yang mungkin bertindak keluar parti sekiranya mereka gagal mendapatkan kedudukan pada pemilihan akan datang.
Anwar, 63, ketika ini dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. Perbicaraan tersebut masih berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Ia (penangguhan) tiada kaitan dengan perbicaraan atau sebab-sebab lain. Kami hanya perlukan sedikit masa untuk melaksanakan pindaan-pindaan ke atas perlembagaan parti,” kata Saifuddin.
Banyak spekulasi timbul bahawa peletakan jawatan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR akan mencetuskan tindakan keluar parti oleh lebih ramai ahli.
Zahrain bertindak sedemikian dengan alasan tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sekiranya tiga sahaja lagi wakil rakyat PKR bertindak keluar parti, Anwar terpaksa melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang. Melalui Pakatan Rakyat, PKR sekarang mempunyai 30 wakil rakyat, diikuti DAP (28) dan PAS (23).
Sambil menafikan spekulasi tersebut, Saifuddin berkata bahawa PKR akan mengadakan dua kongres tahun ini.
“Kongres pada bulan Mei akan berjalan sebagaimana dirancang. Cawangan-cawangan akan mengadakan mesyuarat agung tahunan mulai Mac menjelang kongres.
“Kami akan mengadakan pemilihan parti semasa kongres kedua menjelang akhir tahun. Kami masih belum menetapkan tarikh," katanya dan menambah bahawa majlis tertinggi parti telah memberikan persetujuan berhubung penangguhan itu.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini - yang disambut dengan laungan "hidup datuk seri" daripada kira-kira sepuluh penyokongnya yang hadir.
Zahrain berkata, beliau akan menjadi ahli parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN.
"Tidak. saya tidak bercakap dengan mana-mana pemimpin BN. Umno atau mana-mana (pihak) tidak timbul.
"Saya berdiri dengan prinsip sendiri sebagai ahli parlimen yang bebas," katanya dalam sidang media ringkas kira-kira 10 minit.
Turut bersamanya dalam sidang akhbar pagi ini ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita berhubung kehadiran dan pendirian politiknya atas alasan "ini bukan sidang media saya."
"Ini (Zahrain) kawan saya," katanya yang sering dilabelkan sebagai penyokong setia Anwar sebelum ini.
Himpunan anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu dihadiri hampir 1000 para penyokong Anwar terdiri dari pada reformis.
Bagaimana pun agak menyesalkan sedikit tidak ramai pemimpin utama PKR yang hadir. Mungkin mereka tidak menyedari himpunan berkenaan. Hanya beberapa orang wakil rakyat yang kelihatan. Antara mereka, Noridah Kamarudin (Ampang), Tian Chua (Batu), Mike Manikavasagan (Kampar), Haniza Talha (Batu Tiga), Manakala Nurul Izzah (Lembah Pantai) dikatakan tiba selepas bapaknya meninggalkan himpunan berkenaan.Serangan Keras, Melampau Membelakangi Adab Parti - Setiausaha Agung PKR
Serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) adalah membelakangi adab dan disiplin parti, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.