SURAH AL-A'RAF : AYAT 179 Bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menyediakan Neraka Jahanam sebilangan besar daripada Jin dan Manusia,iaitu mereka yang mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk berfikir,mempunyai mata tetapi tidak menggunakannya untuk melihat,mempunyai telinga tetapi mereka tidak menggunakannya untuk mendengar,mereka sama seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi,mereka itulah golongan yang lalai.
JANGAN LEPASKAN PELUANG !!!!!!
SILA HUBUNGI :
012-4646394 SDR ANTONI
012-4326371 PN PARAMESWARI
PROGRAM TAMBAH AHLI
HUBUNGI :
012-5062467 SDR FUAD
017-5195932 SDR HAZHA
31000 BATU GAJAH,
PERAK.
DIBUKA SETIAP HARI SELASA
9.00 PAGI - 3.00 PETANG
EMAIL:batugajahpkr@gmail.com
Alamat surat menyurat:
BLOK F- 74, PERUMAHAN AWAM,
JALAN BEMBAN,
31000 BATU GAJAH, PERAK
21 December 2010
JAMUAN MAKAN MALAM CABANG BATU GAJAH
JAMUAN MAKAN MALAM CABANG BATU GAJAH
PADA: 08 JANUARI 2011
HARI: SABTU
MASA: 6.00 PETANG- 11.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN TOKONG CINA, JALAN TG TUALANG
( SIMPANG KG PISANG), BATU GAJAH
HARGA TIKET: RM 20.00 / RM 30.00 ( SEORANG)
TETAMU:
YB MOHD AZMIN ALI (TIM PRESIDEN PKR)
YB MOHD NIZAR JAMALUDDIN( MP BKT GANTANG)
YB DR LEE BOON CHYE( MP GOPENG)
HUBUNGI:
012-5062467 FUAD
017-5195932 HAZHA
012-4646394 ANTONI
017-4173051 PARAMESWARI
03 November 2010
19 September 2010
LIVE DARI CABANG BATU GAJAH-PENGUNDIAN
Nadarajah..Ng Mung Yin..Lee Soh Har.
Sehingga jam 12.00 tengahari seramai 50 anggota atau 7.9% yang telah keluar mengundi.
09 September 2010
SELAMAT HARI RAYA DARI CABANG BATU GAJAH
Seluruh Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu Gajah mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua anggota parti serta muslimin dan muslimat semoga hidup ini di Berkati dan tekad meneruskan perjuangan.
05 September 2010
KEPUTUSAN CABANG BATU GAJAH
Mesyuarat AJK Khas Cabang Batu Gajah yang diadakan pada 05 Sept 2010 jam 11.00 am telah memutuskan untuk menolak beberapa desakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) "mendesak Pengerusi MPN Perak Tuan Hj. Mustafa Kamil Ayub bertanding sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan dan kesemua cabang di negeri Perak akan mencalunkan beliau jawatan tersebut dalam MATC cabang yang akan datang".
Hj Hasbullah b Abdul Hamid
Timbalan Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat
Cabang Batu Gajah
PEMILHAN CABANG-ELAKAN PERPECAHAN
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini sedang mengadakan pemilihan pemimpin peringkat cabang yang bermula pada 27 Ogos lalu. Pencalonan pimpinan peringkat kesemua 205 cabang akan selesai 12 September ini. Pengundinya akan bermula sebulan kemudian yang akan diikuti dengan pencalonan untuk pimpinan tertinggi (MPT). Pencalonan ini akan dibuat semasa cabang mengadakan mesyuarat masing-masing.
Proses pemilihan pemimpin dalam PKR kali ini berlainan sedikit berbanding dengan proses sebelum ini berikutan pindaan perlembagaan parti berkenaan baru-baru ini yang turut meminda peraturan pemilihan pemimpin. Menerusi keadaah baru ini, pimpinan peringkat cabang boleh mendaftarkan untuk bertanding apa saja jawatan dengan mendapat satu penyokong dan satu pencadang.Manakala bagi calon MPT pula seseorang itu harus mendapat sokongan daripada peringkat cabang. Jika ada cabang mencadangkan mereka dan mendapat sokongan mereka layak bertanding sebarang jawatan. Proses itu masih seperti dulu tetapi yang ketara berbeza ialah cara pengundi bukan dengan angkat tangan tetapi melalui kertas undi (sulit).
Kesemua pertandingan akan diawasi oleh Jawatankuasa Pemilihan. Jawatankuasa yang bertugas mengawasi mesyuarat ini diambil dari negeri berlain dari cabang berkenaan bagi mengelakkan sebarang keraguan.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, proses pengudian dan pengesahan calon akan berlaku dalam tempoh sebulan. Setiap calon yang mendapat pencalonan akan mengisi borang dan menyatakan kesediaan mereka untuk bertanding kepada Jawatankuasa Pemilih.
Pemilihan kali ini juga dikira hangat dan menarik. Ini berikutan semua jawatan kecuali Presiden yang kini disandang oleh Dr Wan Azizah Ismail akan dipertandingkan. Dua jawatan utama menjadi rebutan ialah Timbalan Presiden dan Naib Presiden.
Dr Syed Husin Ali yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden dijangka tidak akan mengekalkan kedudukan itu. Pengunduran Syed Husin ini membuka peluang perebutan jawatan berkenaan. Sudah ada beberapa nama yang disebut-sebut berminat untuk merebut jawatan itu. Mereka ialah Naib Presiden, Mohamad Azmin Ali, Mustapa Kamil Ayub dan Peengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim.
Walaupun ada beberapa nama lagi, tetapi inilah tiga nama yang popular dan dikira bakal mendapat pencalonan tertinggi dari peringkat cabang dan sedang diperkatakan umum.
Pertandingan perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Hendaknya begitu jugalah dalam PKR. Pertandingan akan menggambarkan sejauh mana kesuburan demokrasi dalam parti berkenaan. Perubahan kaedah pemilihan yang memberi peluang kepada akar umbi memilih dilihat usaha PKR untuk mengembalikan demokrasi dan memberi peluang kepada seluruh ahli membuat pemilihan.
Apa yang dilakukan PKR ini adalah percubaan yang masih terbuka kepada buruk dan baiknya. Sekiranya keadah ini baik dan sempurna ia boleh ditiru oleh parti-parti lain yang ada masalah mengenai proses pemilihan terutamanya Umno. Dalam pada itu PKR kena benar-benar menjamin proses itu berjalan lancar dan tidak ada kepincangan besar yang jelas.
Zaid Ibrahim awal-awal menaruh kebimbangan mengenai ketelusannya terutamanya kepada jawatan kuasa pilihan raya itu. Ada munasabah kegusaran Zaid itu memandangkan sebahagian daripada ahli PKR adalah ahli Umno sepertinya. Mungkin kerana beliau mengetahui bagaimana manipulasi berlaku dalam pemilihan menyebabkan beliau bimbang.
Tetapi Zaid jangan risau. Kini mereka berada dalam parti baru, PKR. Kalau perangai tipu menipu, menjamun untuk mendapat undi diteruskan juga itu bermakna perangai busuk dalam Umno masih terbawa-bawa ke dalam parti baru itu. Buanglah perangai itu dan kembalikan kepada keadaan politik dan demokrasi tulen. PKR adalah alternatif kepada Umno.
Bila memerhati pemilihan pemimpin ini, apa yang dibimbang akan berlaku perpecahan. Peristiwa yang pernah berlaku di Kemaman tahun 2004 dulu jangan berulang kembali. PKR sesungguhnya amat kerdil untuk menghadapi perpecahan seperti itu. Disebabkan kalah dalam pemilihan akhirnya mereka bertindak berundur atau pun menjadi tidak aktif dalam parti.
Ini kena dipastikan betul-betul. Seluruh calon dan puak yang hendak meletakkan calon biarlah berjiwa besar. Bertanding perkara biasa dan bukan penyelesaian kepada satu kesudahan. Pertandingan untuk menawarkan diri sebagai pemimpin. Kalau kita tertakdir dipilih, terima dengan penuh jujur dan ikhlas. Kalau tidak, juga kena redha. Ingatlah jawatan bukan untuk dimegahi tetapi amanah rakyat untuk dilaksanakan tanggungjawab.
Kalau masing-masing tidak dapat menerima hakikat ini, atau memberi jaminan kepada diri sendiri tidak boleh menerima keputusan yang tidak berpihak kepada kita, elok jangan bertanding. Usahlah rosakkan kesetiaan kita selama ini kepada parti dengan sedikit peristiwa saja, kalah dalam pertandingan. Usah menuruni lubuk kalau tidak pandai berenang.
Kepada penyokong Zaid Ibrahim, Mohamad Azmin atau Mustapa Kamil Ayub atau sesiapa sahaja periksa kekuatan diri masing-masing sebelum maju. Kalau kita merasakan akan kecewa jika kalah, baik jangan bertanding. Sebaliknya kalau rasa kuat dan sedia menerima dan redha dengan keputusan, nah teruskan.
Sekali lagi diingatkan jangan jadikan peristiwa pertandingan itu mengecil dan melemahkan parti. Dan adalah diharap proses pemilihan baru diperkenalkan PKR ini dapat dijayakan dengan sesempurnanya oleh seluruh ahli PKR.
[wm.kl. 11:00 am 04/09/10] Posted by mso.
29 August 2010
TERKINI: MATC PEMILIHAN BATU GAJAH: KC 3 PENJRU
27 August 2010
PERCALONAN MATC BERMULA HARI INI
Kelantan dan Kedah menjadi dua negeri yang mengorak langkah dalam proses yang akan memakan masa beberapa minggu sehingga tarikh pemilihan peringkat cabang yang akan bermula 17 September.
Masing-masing lima cabang di Kedah - Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah dan Kelantan - Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang akan mula menerima kertas pencalonan mesyuarat agung tahunan.
Hanya anggota yang berdaftar sebelum 27 Jun dibenarkan mengundi bagi 18 jawatan di peringkat cabang termasuk pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi serta 15 ahli jawatankuasa.
Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita pula masing-masing menawarkan 20 dan 10 jawatan dalam sayap mereka.
Permulaan awal bermakna 10 cabang terbabit akan menjadi kelompok cabang paling dahulu menjalankan pemilihan secara undi langsung dalam KEADILAN yang akan bermula 17 September.
Proses pencalonan akan dijalankan dilokasi yang telah dikenalpasti disetiap cabang antara pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
Proses pencalonan ini dipantau ketat oleh pegawai pemantau yang dilantik parti berjumlah 150 orang bagi seluruh negara sehingga habis tempoh pada 12 September.
Nama anggota parti yang dicalonkan akan dipamerkan untuk bantahan selama tiga hari dan selepas sekiranya tiada bantahan dalam tempoh tersebut senarai calon yang layak bertanding akan diumumkan empat hari kemudian oleh jawatankuasa pemilihan pusat.
KEADILAN mempunyai 218 cabang termasuk di Sabah dan Sarawak dengan jumlah ahli hampir 500,000.
Pemilihan akan dibahagikan kepada dua komponen iaitu mesyuarat tahunan cabang serta pemilihan pucuk pimpinan peringkat cabang dan kemuncaknya bagi memilih pimpinan tertinggi parti termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Cabang akan mengundi untuk memilih barisan pimpinan pusat antara 29 Oktober dan 21 November manakala keputusan rasmi akan diumumkan pada Kongres Nasional pada 28 November.
25 August 2010
MAKLUMAN: NOTIS MESYUARAT AGUNG CABANG BATU GAJAH
Mesyuarat Agung Tahunan serta Pemilihan Cabang Batu Gajah akan diadakan seperti maklumat berikut:
29 OGOS 2010 Tarikh Hari Pencalonan
1 SEPTEMBER 2010 Senarai Nama Calon Sementara di Pamerkan
3 SEPTEMBER 2010 Tarikh Bantahan / Tarikh Diri
7 SEPTEMBER 2010 Senarai Calon Muktamad
19 SEPTEMBER 2010 Mesyuarat Agung Tahunan / Hari Pemilihan Cabang
Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda serta Wanita akan diadakan pada hari yang sama..
Notis Mesyuarat Agung telah diedarkan secara POS ke alamat Anggota masing-masing..
MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI :
SDR HAZHA B HAWALID SETIAUSAHA EXCUTIVE CABANG
BATU GAJAH
TEL : 017-5195932
ATAU DATANG KE PEJABAT CABANG BATU GAJAH
N0 5A- LEBUH DEWANGSA, 31000 BATU GAJAH( DEKAT KFC )
20 August 2010
TERKINI: KENYATAAN DSAI
Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Dato Sri Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut.
Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil. Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.
ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA
15 June 2010
SAYA AMAT TERTARIK DENGAN ZAMBRY KADER: ADUN MALIM NAWAR
"Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.
Dengan itu, DAP kini hanya tinggal 16 kerusi Adun di negeri itu.
29 March 2010
KETUA AMK KELUAR PKR
Bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V Subaramiam berkata, tindakan itu dilakukan selepas aduan berhubung mereka dihina pada satu mesyuarat kira-kira setahun lalu tidak diendahkan.
“Justeru, lebih baik kami mengundur diri daripada terus bersama PKR,” katanya pada sidang media di Kampung Tengku Hussin Hujung di sini, semalam.
Subramaniam mendakwa kira-kira 700 ahli Pemuda PKR Ipoh Barat daripada 12 cawangan sudah setuju untuk keluar parti.
Bagaimanapun katanya, semalam hanya sebahagian sahaja yang hadir untuk memberikan sokongan.
“Berkemungkinan kita akan mengadakan majlis berasingan untuk mengumumkan ahli pemuda PKR yang lain keluar dari parti itu dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail berkata, tindakan berani yang dilakukan pemuda PKR itu menunjukkan rakyat sudah mula memahami apa yang diperjuangkan mereka.
Menurutnya, tindakan Pemuda Ipoh Barat ini menjelaskan sesuatu kepada rakyat bahawa PKR sudah tidak mendapat kepercayaan daripada ahlinya sendiri.
“PKR memang pakar dalam mengubah persepsi sehingga mengelirukan rakyat dan berjaya memperdaya rakyat dengan kata-kata mereka.
“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini rakyat mula sedar bahawa PKR hanya menipu rakyat dengan memanipulasi setiap tindak-tanduk yang dilakukan mereka,” katanya.
Nadzri turut mengucapkan tahniah kepada Pemuda Ipoh Barat yang mengambil tindakan sanggup keluar dari parti demi mempertahankan maruah mereka.
“Sehubungan itu, diharap rakyat akan hidup dalam keadaan stabil, harmoni dan bersatu di samping hidup maju ke hadapan tanpa sebarang gangguan politik dalam kehidupan seharian,” katanya.
Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor berkata, keputusan ahli Pemuda PKR Ipoh Barat untuk keluar parti adalah sesuatu yang bijak.
Menurutnya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan yang dilakukan Pemuda Ipoh Barat itu kerana sudah boleh membacanya daripada awal.
“Justeru, saya menyeru supaya semua (ahli PKR) tampil untuk menyelamatkan negeri daripada dibelenggu permainan politik PKR.
“Isu seperti memfitnah pemimpin harus dihentikan segera supaya negara hidup dalam keadaan aman dan sejahtera,” katanya.
11 March 2010
BYE...BYE...PKR
Pengumuman itu dibuat Zulkifli dalam sepucuk surat rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertarikh semalam.
Beliau yang memuat turun surat itu dalam laman blognya, zul4kulim.blogspot.com memaklumkan kini tidak lagi menjadi Ahli Parlimen PKR sebaliknya wakil rakyat Bebas yang tidak terikat pada mana-mana whip parti.
Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu, beliau belum menerima surat secara rasmi daripada wakil rakyat PKR yang telah mengisytiharkan keluar daripada PKR.
03 March 2010
PKR BATU GAJAH UCAP TAHNIAH
AHLI PARLIMEN BAGAN SERAI ( PKR )
KELUAR PARTI DAN JADI AHLI PARLIMEN BEBAS...
TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA
HJ MOHSIN...
SETIALAH BERSAMA BARISAN NASIONAL
SAMPAI MATI..
15 February 2010
SILA AMBIL PERHATIAN : YB SAIFUDDIN
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya baru sahaja mendapat surat kelulusan daripada ROS kira-kira dua minggu lalu.
“Kami perlukan masa untuk menyebarkan peraturan-peraturan dan etika baru mengenai pemilihan parti, memandangkan kami akan menjadi parti pertama di Malaysia yang membolehkan setiap ahli parti mengundi dalam pemilihan parti," katanya yang menambah bahawa PKR mempunyai lebih kurang 460,000 ahli.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa PKR sedang menyusun perancangannya semata-mata untuk memberi ruang kepada perbicaraan liwat penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bagi mengelakkan kehilangan lebih ramai ahli yang mungkin bertindak keluar parti sekiranya mereka gagal mendapatkan kedudukan pada pemilihan akan datang.
Anwar, 63, ketika ini dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. Perbicaraan tersebut masih berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Ia (penangguhan) tiada kaitan dengan perbicaraan atau sebab-sebab lain. Kami hanya perlukan sedikit masa untuk melaksanakan pindaan-pindaan ke atas perlembagaan parti,” kata Saifuddin.
Banyak spekulasi timbul bahawa peletakan jawatan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR akan mencetuskan tindakan keluar parti oleh lebih ramai ahli.
Zahrain bertindak sedemikian dengan alasan tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sekiranya tiga sahaja lagi wakil rakyat PKR bertindak keluar parti, Anwar terpaksa melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang. Melalui Pakatan Rakyat, PKR sekarang mempunyai 30 wakil rakyat, diikuti DAP (28) dan PAS (23).
Sambil menafikan spekulasi tersebut, Saifuddin berkata bahawa PKR akan mengadakan dua kongres tahun ini.
“Kongres pada bulan Mei akan berjalan sebagaimana dirancang. Cawangan-cawangan akan mengadakan mesyuarat agung tahunan mulai Mac menjelang kongres.
“Kami akan mengadakan pemilihan parti semasa kongres kedua menjelang akhir tahun. Kami masih belum menetapkan tarikh," katanya dan menambah bahawa majlis tertinggi parti telah memberikan persetujuan berhubung penangguhan itu.
12 February 2010
ZAHRIN DAN DATUK SALLEHUDIN JADI BEBAS

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.
Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini - yang disambut dengan laungan "hidup datuk seri" daripada kira-kira sepuluh penyokongnya yang hadir.
Zahrain berkata, beliau akan menjadi ahli parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN.
"Tidak. saya tidak bercakap dengan mana-mana pemimpin BN. Umno atau mana-mana (pihak) tidak timbul.
"Saya berdiri dengan prinsip sendiri sebagai ahli parlimen yang bebas," katanya dalam sidang media ringkas kira-kira 10 minit.
Turut bersamanya dalam sidang akhbar pagi ini ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita berhubung kehadiran dan pendirian politiknya atas alasan "ini bukan sidang media saya."
"Ini (Zahrain) kawan saya," katanya yang sering dilabelkan sebagai penyokong setia Anwar sebelum ini.
KITA BERSAMA
09 February 2010
DIPUTRAJAYA HARI INI
SAPA MENTERI BESAR PERAK HARI INI
MUNGKAH ZAMBRY , MUNGKINKAH NIZAR...
SELURUH RAKYAT TERTUMPU DI PUTRA JAYA....
08 February 2010
AMK MEMBELA DSAI
Himpunan anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu dihadiri hampir 1000 para penyokong Anwar terdiri dari pada reformis.Himpunan sekejap tadi juga memberi pengertian tersendiri bila mana para reformis yang sebelum ini bercemperaian selepas Anwar dibebaskan dari penjara kini berhimpun dan berjumpa kembali untuk terus bersama Anwar.
Mereka yang sebelum ini menghilang diri apabila Anwar bebas dan PKR bersama DAP dan Pas menguasai empat kerajaan negeri, tiba-tiba muncul beramai-ramai bagaikan kalkatu keluar dari lubang setelah Anwar menghadapi musibah kali kedua.
"Kami bukan memperjuangkan pangkat dan kedudukan, tetapi kami memperjuangkan kebenaran dan keadilan didokong oleh Anwar. Sebab itu bila Anwar ditimpa musibah kami akan bersatu untuk menyokongnya. Masalah dan kesusahan Anwar adalah masalah dan kesusahan kami juga," demikian kata seorang reformis penuh bersemangat kepada saya.
Walaupun himpunan sekejap tadi dibuat dalam short notis tetapi ternyata kepantasan para refomis dan golongan muda terutamanya yang bergabung dalam AMK mengaturkan gerak kerja sesuatu yang boleh dipuji. Kemampuan mengadakan himpunan itu menunjukkan AMK tidak mudah patah semangat dalam memperjuangkan reformasi.
Sebagai simbolik bermulanya gerakan membela penasihat PKR itu, Anwar dikenakan t shirtt shit berkenaan laungan reformasi bergema beberapa kali mengembalikan nostalgia kira-kira 10 tahun lalu. Lauangan itu berjaya meremangkan bulu roma. yang berlambang wajahnya berwarna oren yang menjadi tema reformasi kali ini. Sebaik Anwar memakai
Bagaimana pun agak menyesalkan sedikit tidak ramai pemimpin utama PKR yang hadir. Mungkin mereka tidak menyedari himpunan berkenaan. Hanya beberapa orang wakil rakyat yang kelihatan. Antara mereka, Noridah Kamarudin (Ampang), Tian Chua (Batu), Mike Manikavasagan (Kampar), Haniza Talha (Batu Tiga), Manakala Nurul Izzah (Lembah Pantai) dikatakan tiba selepas bapaknya meninggalkan himpunan berkenaan.Orang kanan Anwar yang juga wakil rakyat Bukit Antara Bangsa dan Parlimen Gombak, Mohd Azmin Ali tidak kelihatan bersama himpunan berkenaan. Menurut maklumat beliau dikatakan berada di lokasi memandangkan keretanya di parking di situ.
Dalam ucapan ringkasnya Anwar menjelaskan beliau tidak gentar dengan tindakan mahkamah yang dikenakan kini. Katanya, takdir beliau dipenjarakan sekali lagi ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepadanya dan perjuangan menegakkan keadilan. "Saya sudah dipenjara selama enam tahun, tidak ada apa-apa pun," katanya merujuk kepada dirinya tahanan itu tidak sedikitpun melemahkan semangatnya.
Seperti 10 tahun lalu beliau menyifatkan apa yang berlaku ke atasnya adalah strategi untuk memalukannya. Tindakan ini katanya kerana pihak berkenaan takut kepada sokongan rakyat kepada perjuangan yang dipanjikan. Beliau berterima kasih kepada penyokong yang tetap setia bersamanya. "Ada juga yang telah lari, tetapi masih ada yang menyokong saya, terima kasih." ujarnya.msomelayu
02 February 2010
YB SAIFUDDIN - SU AGUNG PKR
Serangan Keras, Melampau Membelakangi Adab Parti - Setiausaha Agung PKR
Serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) adalah membelakangi adab dan disiplin parti, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata meskipun ruang berbeza pendapat terbuka luas dalam parti namun ia bukanlah suatu tiket untuk mana-mana anggota parti membuat serangan keras.
"PKR adalah sebagai sebuah parti yang menghormati hak individu anggotanya untuk berdebat dan berbeza pandangan dengan kepimpinan parti. Pada masa yang sama, parti menyediakan saluran dan forum untuk setiap anggota parti mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan," katanya dalam kenyataan yang di e-mel Selasa.
Saifuddin berkata kepimpinan parti tekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti tanpa mengira status dan kedudukan yang melakukan kesalahan yang bertentangan dengan disiplin parti.
Katanya mereka yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin akan diberi ruang untuk menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing.
Beliau juga mendakwa bahawa media telah memberi gambaran salah kononnya parti itu menghadapi kemelut dalaman yang disifatkannya tidak tepat.
"PKR dan Pakatan Rakyat menganggap gambaran sebegini sebagai sebahagian cabaran yang akan terus dihadapi semenjak lahirnya PKR dan bermulanya kerjasama Pakatan rakyat. Sudah lebih satu dekad, PKR dikatakan kucar-kacir, berpecah-belah, hura-hara dan berkecamuk," kata Saifuddin.
MOHON SUMBANGAN
DARIPADA SUMBANGAN ANDA..!!!!!
A/C : 111 201 200 2206
AMBANK































