JANGAN LEPASKAN PELUANG !!!!!!

PKR CABANG BATU GAJAH SEDANG MEMBUAT PENDAFTARAN PEMILIH BARU. (PENGUNDI BARU )


SILA HUBUNGI :
012-4646394 SDR ANTONI
012-4326371 PN PARAMESWARI

PROGRAM TAMBAH AHLI
HUBUNGI :
012-5062467 SDR FUAD
017-5195932 SDR HAZHA

NO 5B, JALAN DEWANGSA,
31000 BATU GAJAH,
PERAK.

DIBUKA SETIAP HARI SELASA
9.00 PAGI - 3.00 PETANG

EMAIL:batugajahpkr@gmail.com

Alamat surat menyurat:
BLOK F- 74, PERUMAHAN AWAM,
JALAN BEMBAN,
31000 BATU GAJAH, PERAK

03 December 2009

Kemelut yang melanda PAFA yang kelihatan seakan reda, nampak nya tidak menjadi kenyataan walaupun DS Zambry mengumumkan secara terbuka di media untuk membantu menyelesaikan masalah hutang yang di tanggung oleh PAFA. Bagi saya memang sewajar nya DS Zambry berbuat demikian kalau di ambilkira dari punca semua hutang yang di tanggung oleh PAFA. Keesokan nya, di susuli pula oleh kenyataan YB Zainol Fadzi yang mendesak supaya Nizar berundur dari PAFA. Jelas dari kenyataan Zainol, sebelum menghulur sesuatu, Nizar perlu lah di usir dari persada. Sebagai peminat, kita pun tertanya-tanya apakah yang di nyatakan oleh Zambry itu satu’gimik’ politik dan apa yang di maksudkan oleh Zainol itu merupakan satu sikap seorang pemimpin muda yang ’gilakan kuasa’. Zainol juga telah menggunakan beberapa orang kepimpinan pemuda yang langsung tiada kaitan dengan PAFA untuk membuat kenyataan terbuka bagi tujuan menyokong desakan beliau supaya Nizar berundur. Yang menjadi tanya tanya kepada kita, adakah mereka itu tahu ’punca masalah’ sebenar yang melanda PAFA, samada dari segi pengurusan kewangan mahu pun pengurusan persatuan itu sendiri. Sudah pasti TIDAK, tetapi yang aneh nya kenapa perlu berlagak seperti jaguh kampong. Masakan mereka sanggup berbuat demikian kalau tidak ada ’udang di sebalik batu’. Memanglah melucukan bagi kita yang berjiwa sukan, seorang Naib Ketua Pemuda UMNO dari Hutan Melintang dan seorang Ketua Pemuda MIC Taiping, membuat kenyataan di akhbar dan mungkin ada di antara pembaca tersenyum sinis setelah membaca nya dan mungkin juga ada yang yang ’loya’ untuk membaca nya. Adakah mereka ini terlibat dalam persatuan bolasepak di daerah mereka ataupun pernah mengikuti perkembangan sukan bolasepak di tanah air selama ini. Sebelum ini kita tidak pernah dengar pun sebarang kenyataan dari mereka. Elok lah rasa nya mereka tumpukan sahaja agenda politik mereka di bahagian masing-masing dan jangan terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga orang mahupun menjaga tepi kain orang.

Mari kita lihat pula gelagat Pengerusi KP Perak, saudara Jamil Othman yang kalau kita lihat secara fizikal bentuk tubuh nya, bongkok seperti ’lalang’. Pepatah ada mengatakan, sepertimana kueh begitu lah acuan nya, begitu lah juga sikap Jamil. Sebagai penyokong bolasepak Perak, pembohong lah kalau kita katakan tidak tahu siapakah Jamil walaupun kita tidak mengenali nya secara dekat . Wajah beliau kerap terpampang di akhbar-akhbar tertentu, dan sekali-sekala muncul di kaca tv untuk membuat kenyataan selaku Pengerusi KP, tetapi terdapat juga beberapa kenyataan beliau, merupakan pandangan peribadi sahaja

Sebaik sahaja DS Zambry mengumumkan bahawa kerajaan Perak akan membantu PAFA, keesokan hari nya, tanpa berlengah, beliau terus menghantar surat memohon bantuan bagi mengisi tabung kewangan KP Perak dan di paparkan pula gambar beliau bersama Naib Ketua Pemuda UMNO. Di situ kita boleh berfikir, adakah kenyataan Jamil selama ini mewakili semua ahli KP ataupun merupakan kenyataan peribadi beliau yang hanya untuk melepaskan geram pada Nizar, setelah beliau di pecat. Kenapa kah semasa Nizar menjadi Presien PAFA dan MB dahulu, manakala Jamil sebagai Ahli Majlis yang di lantik, tidak memohon bantuan. Bukan kah masa itu ada lah masa yang paling sesuai dan mudah berhubung secara terus dengan Nizar. Persoalan ini lah yang kita rasa pelik dan musykil untuk di jawab kalau ianya tidak di fikirkan secara mendalam. Melalui sumber yang boleh di percayai, Jamil tidak memohon bantuan kerana beliau tahu, ia nya pasti akan di tolak oleh Nizar kerana KP berhutang dengan PAFA. Alasan penolakan tersebut bukan kerana Nizar tidak mahu membantu Kelab, tetapi KP masih belum memulangkan lebih dari RM 3,000.00 hasil jualan tiket kepada ahli-ahli kelab semasa pertandingan Liga Super berlangsung. . Bukan lah hasrat kita hendak menuduh sesiapa pun, tetapi ia menjadi satu tanda tanya, kepada siapa kah duit tersebut di serahkan. Adakah masalah ini di ketahui oleh ahli-ahli KP, kita tak pasti tetapi mungkin juga beberapa ’orang kuat’ Presiden tahu ke mana hilang nya duit tersebut.

Kini, berita yang tersebar luas dari dalam KP ialah, sehingga kini, Mesyuarat Agong KP belum di adakan dan spekulasi mengatakan bahawa KP telah ’expired’ dan mungkin tidak sah lagi untuk bergerak aktif. Kebanyakan ahli tertanya-tanya dan mula mempertikaikan tentang corak kepimpinan Jamil yang hanya pandai mencari ’publisiti’ untuk kepentingan diri beliau supaya dapat bertahan lama sebagai Pengerusi KP. Kalau di bandingkan dengan ’output’ beliau selama ini, tidaklah sehebat mana, hanya ’banyak bercakap dari berkerja’. Mereka berpendapat, sekira nya beliau seorang ketua yang membuat kerja, tak kan lah tabung kewangan kelab pun tiada. Pernah satu ketika, bayaran untuk ’tukang gendang’ di stadium pada satu perlawanan Liga Super di bayar oleh pihak tertentu kerana kelab tiada duit. Di manakah Jamil ketika itu, kenapa beliau tidak mendahulukan sahaja duit beliau selaku Pengerusi KP dan di mana kah tanggungjawab beliau. Apakah beliau hanya mengharapkan bantuan dari kerajaan ataupun PAFA untuk menggerakkan aktiviti kelab. Kalau begitu, sesiapa pun boleh jadi ketua, bukan nya susah sangat. Jamil harus sedar dari lamunan bahawa beliau mengetuai kelab di peringkat negeri, bukan di peringkat cawangan UMNO. Mari kita imbas peristiwa di beberapa tahun yang lalu iaitu semasa era DJ. Jamil pernah di tentang di Mesyuarat Agong Kelab tersebut dan hampir tersungkur. Kemenangan tipis beliaupun di sebabkan oleh bantuan dari ahli politik yang sehaluan dengan beliau. Sekira nya itu sikap Jamil yang sebenar, kita harapkan di Mesyuarat Agong yang entah bila akan di adakan, itu pun sekira nya KP masih sah, akan ada pihak yang berani tampil ke hadapan untuk menentang beliau dan melakukan perubahan dalam kelab. Pilihan kedua yang boleh di buat ialah dengan menubuhkan satu kelab baru yang setia dan sehaluan dengan kepimpinan PAFA di bawah Nizar. Biarkan lah Jamil terjun dengan labu-labu nya. Tidak ada guna nya kita mempunyai Presiden KP yang di terajui oleh individiu yang mempunyai kepentingan peribadi untuk mengukuhkan agenda politik beliau dan sebalik nya menghentam persatuan induk. Selain daripada itu, sumber yang rapat dengan pejabat SUK mengatakan bahawa Jamil merupakan ’Pegawai Khas’ kepada salah seorang Exco kerajaan negeri Perak. Kita bukan lah hendak menghalang beliau dari memegang jawatan tersebut, tetapi beliau seharus nya tidak boleh mengamalkan sikap menikam boss dari belakang dan menjadi tali barut di satu pihak yang lain untuk berpolitik. Adalah lebih baik sekira nya Jamil, yang tidak lagi sehaluan dengan NIZAR dan mempunyai agenda politik beliau, selain dari gagal menerajui KP sehinggakan Mesyuarat Agong tidak di adakan, meletakkan jawatan beliau dan bukan nya NIZAR.

02 December 2009

KONTRAKTOR BERSALAH

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata kontraktor yang membina jambatan gantung runtuh di Pusat Ko-Kurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan perlu bertanggungjawab di atas tragedi yang meragut tiga nyawa murid sekolah daerah itu bulan lepas.

Beliau berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah membuat laporan polis terhadap kontraktor itu kerana kecuaian.

"Kementerian itu mendapati kontraktor itu tidak berdaftar dengannya, serta tidak mempunyai "reka bentuk" mengenai jambatan itu," katanya kepada pemberita selepas penutup Hari Inovasi kementerian itu di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai kontraktor, mereka perlu bertanggungjawab terhadap semua binaan dan struktur yang mereka bina.

"Saya mengambil berat dan serius tentang hal ini apalagi ia telah menyebabkan tiga nyawa terkorban," katanya.

Berikutan kejadian itu, Shaziman berkata beliau mengarahkan CIDB menyemak semula Akta CIDB dan bagi tujuan memperkemaskan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap pihak bertanggungjawab ke atas kegagalan sesebuah projek.

"Akta yang sedia ada tidak membenarkan kita tahan reman pihak terbabit, jadi kita nak perkuatkan lagi, diperbaiki dan diperhalusi sampai tahap mana yang boleh, mungkin kita akan cadangkan pengurus projek (sesuatu projek itu) jaga projek tersebut.

"Kita perlu memastikan industri ini terus dihormati dan tidak mahu imej industri binaan dikaitkan dengan kegagalan, ketidaktentuan dan mewujudkan suasana keresahan di kalangan rakyat," katanya.

Jawatankuasa Siasatan kejadian itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, semalam berkata siasatan mereka mendapati sebab utama keruntuhan adalah berpunca daripada kegagalan blok konkrit tambatan di "Pylon A" untuk menampung beban tambahan daripada "back-stayed cable". Menurut jawatankuasa itu, jambatan yang dibina hasil sumbangan pihak swasta itu didapati tidak berasaskan kepada kod reka bentuk kejuruteraan dan spesifikasi kerja yang baik.

Sementara itu, Shaziman berkata beliau telah mengarahkan pegawai kementerian membuat laporan polis mengenai kebocoran kandungan laporan siasatan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa yang mengorbankan lima nyawa pada 6 Disember tahun lalu di internet baru-baru ini.

"Walaupun Kabinet akan buat keputusan berhubung perkara ini, kita tetap membuat laporan polis," katanya.

Shaziman juga berkata, beliau tidak kisah sekiranya kerajaan Selangor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan Kerajaan Pusat untuk tidak mendedahkan laporan itu.

"Kalau kerajaan Selangor nak ambil tindakan undang-undang pun mengenai perkara ini, saya tidak kisah, kerana mereka perlu berhadapan dengan implikasi undang-undang itu juga nanti," katanya.

Beliau juga menolak pendapat yang menyatakan laporan siasatan itu dibuat bagi menuding jari kepada pihak bertanggungjawab, tetapi sebenarnya ia bertujuan mengurangkan risiko tanah runtuh berulang di kawasan Bukit Antarabangsa. - Bernama

30 November 2009

PR KUKUH

29 Nov, Ipoh -
1.PRU12 telah menunjukkan komitmen PR melaksanakan agenda perubahan . Ini terbukti dengan kejayaan memerintah 5 negeri dibawah Pakatan Rakyat . Pelbagai perubahan dan dasar yang baru telah dilakukan disetiap negeri PR semata-mata untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat .

2. Negeri Perak antara negeri PR yang menjadi contoh ketika memerintah negeri Perak. Selama 10 bulan memerintah negeri, PR Perak berjaya menunjukan prestasi khidmatnya kepada rakyat. Mengikut audit negara, PR negeri Perak berjaya mengurus kewangan negeri dengan baik. Tiada unsur rasuah.

3. Pemimpinnya tidak berebut mengambil peluang tetapi berusaha melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Sebaliknya para pemimpin UMNO yang dilantik menjadi ahli Majlis Bandaraya Ipoh berebut-rebut untuk mendapatkan projek. Ini maklumat yang diberikan oleh pegawai tertinggi MBI kepada saya ketika saya dan rakan-rakan mengunjungi beliau baru-baru ini.

4. Ternyata dasar yang dibuat oleh PR Perak telah diikuti oleh UBN dalam konteks meraih keyakinan rakyat terhadap BN.

Pelbagai usaha yang dilakukan termasuklah UBN mulai menggunakan pendekatan agama. Walaubagaimanapun perilaku pemimpin UMNO masih tidak berubah. Ada Ketua Bahagian UMNO Go........ melesapkan peruntukan MB kira-kira RM20ribu untuk jamuan Hari Raya baru-baru ini . Berbanding semasa PR memerintah, bayaran kepada pembekal makanan dibayar dalam tempuh 2 minggu. Kata seorang cateree makanan kepada saya.

5. Walaupun Kerajaan Perak telah dirompak oleh BN dibawah agenda Najib, namun pemimpin dan pendokomg PR masih kuat dan bersatu untuk merencana semula agenda memimpin kerajaan negeri Perak.

6. Dalam konvensyen DAP, kesemua pimpinan PR telah menunjukkan komitmen bersama untuk terus memperkukuhkan PR di negeri ini. PR Perak kini sentiasa mengambil keputusan bersama dan berusaha mengelakkan daripada timbul isu-isu yang merugikan PR.


Konvensyen DAP Perak telah diadakan pada pagi tadi yang telah
dirasmikan oleh YB Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP

Sewaktu ucapanya beliau telah menyebut 5 perkara kejayaan sewaktu pemerintahan PR Perak :

1. Kerajaan PR Perak telah memberi bantuan kepada semua sekolah iaitu sekolah agama rakyat,sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil

2. Pemberian hak milik tanah kepada rakyat perak .

3. Prestasi keewangan yang betul dan bersih sehingga terdapat jabatan yang mendapat markah terbaik .

4. Keberanian speaker yang tidak tunduk kepada kemahuan UBN demi mempertahankan keadilan kepada rakyat .

5. PR Perak telah menunjukkan gabungan yang baik sehingga berjaya mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama dan telah diikut untuk diadakan di peringakat kebangsaan .

27 November 2009

AMK TOLAK BTN

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyokong sepenuhnya tindakan Barisan ADUN muda dari Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang mengesa Kerajaan Negeri agar menghentikan penghantaran mahasiswa institut-institut pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri mahupun anak-anak syarikat Kerajaan Negeri ke program anjuran Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia,Lee Khai Loon, program BTN telah didapati penuh dengan propaganda politik Umno-Barisan Nasional serta doktrinasi unsur perkauman yang sempit.

"Program tersebut perlu diperhentikan segera dengan mengkaji balik objektif serta isi kandungan modul yang telah dibuat.

"Oleh itu, AMK berharap semua kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat harus boikot program BTN dengan segera,"jelasnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, aduan rasmi perlu dituju kepada Perdana Menteri khasnya masalah serta penyelewangan yang timbul dalam BTN.

"Sekiranya tiada perubahan dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri, maka tindakan boikot tersebut perlu diteruskan sehingga orang awam dibenarkan untuk mengkaji serta memberi pandangan terhadap program BTN.

"Ramai yang menganggap pendidikan bahasa ibunda sebagai penghalang perpaduan negara, namun mereka telah mengabaikan bahawa fikiran perkauman yang sempit telah lama disemai dalam program BTN, malah ia lebih mengejutkan,"jelasnya lagi.

Katanya, program yang ekstrem serta negatif tersebut yang sebenarnya lama merosakkan keharmonian hubungan etnik.

"Ramai kakitangan kerajaan dan pelajar yang mengikuti program BTN telah mengadu bahawa module BTN hanya doktrinasi politik perkauman serta melabelkan parti pembangkang sebagai pengkhianat bangsa dan ancaman kepada ketuanan Melayu.

"Malahan perasaan kebencian terhadap sesetengah pemimpin juga terdapat dalam program BTN.

"Lebih merisaukan adalah program BTN telah diwajibkan kepada semua kakitangan kerajaan dan juga pelajar,"ujarnya.

Beliau juga menyebut, bahawa mereka yang mengikuti program tersebut pula tidak diberi ruang untuk menyampaikan pandangan atau kritikan terhadap sesuatu isu.

"Dengan ini, AMK menyeru Perdana Merteri supaya memberi satu penjelasan kepada semua rakyat tentang masalah BTN yang jelas bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia”.

"Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional serius untuk melaksanakan konsep “Satu Malaysia”, maka hentikan program BTN untuk kaji semula serta membuka kepada orang awam untuk memberi pandangan terhadap module yang akan diperkenalkan,"tegasnya.

24 November 2009

KAU BEBANKAN RAKYAT LE NAJIB

Sudahlah tiada bonus,tiada potongan atau insentif untuk rakyat, kerana 1Malaysia punya penangan, lagi cukai-cukai baru nak diperkenalkan untuk beban lagi rakyat yang memang sudah terbeban sekarang.

Dengan keadaan ekonomi negara yang dikelabui dengan angka-angka yang tidak relevan, tiada pelabur asing atau FDI dan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

Najib dengan bijaksana memperkenalkan menatang yang bernama GST, dalam bahasa melayu atau bahasa pasar, cukai barangan dan perkhidmatan...sedapkan enakkan...bukan rakyat diutamakan...rakyat disembelihkan kalau macam ni.

Jadi bersedialah untuk ditambah beban di atas kepala kita kerana secara tak langsung semua orang akan merasa tempiasnya nanti.

Ini bukan untung untuk rakyat jadi bersiap-sedialah untuk mengontangkan poket anda dengan beban cukai yang tah apa-apa ntah lagi.

Bagi sesiapa yang masih tak paham apa itu GST, bukalah kamus atau 'google'kan apa itu GST dan cuba pahamkan apa implikasinya kalau GST ini diluluskan.anakmudashahalam

Rang Undang-Undang GST Akan Dibentang Untuk Bacaan Pertama - Najib

NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rang undang-undang berkaitan cadangan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada akhir persidangan Dewan Rakyat sekarang.

Perdana Menteri berkata langkah itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet lepas."Ia akan membolehkan orang ramai memberi ulasan, melibatkan mereka, dan jika kami dapati ia perlu diperhalusi, kami akan lakukannya," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan kerjanya ke New York pada Isnin.

Najib yang juga Menteri Kewangan, bertemu media selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan pertemuan dengan para pelabur Amerika serta pengurus dana selain tokoh korporat terkemuka.

Beliau menegaskan bahawa jika kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan GST di Malaysia, ia akan dilakukan secara "berhati-hati".

"Ia tidak akan diperkenalkan secara tergesagesa," kata Najib yang menambah, jika GST menjadi kenyataan, kadarnya tidak akan membebankan golongan miskin dan kelas pertengahan Malaysia.

"Dan, ia tidak akan menyebabkan inflasi," katanya.

GST dicadangkan bagi menggantikan cukai perkhidmatan dan jualan sedia ada.Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan antara beberapa negara di rantau Asia Tenggara yang belum melaksanakan GST.

"Pada asasnya, seluruh dunia sudah melaksanakan GST," katanya.

Semasa membentangkan Bajet 2010 pada Oktober, Najib berkata kerajaan akan melaksanakan langkah-langlah tegas bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan memperakui kutipan hasil yang mencukupi sangat penting untuk menyokong perbelanjaan yang semakin tinggi selain mengurangkan hutang negara yang meningkat. BERNAMA

23 November 2009

BERANI -BIKIN LAAAA!!!!

Oleh: Dzulfikar

Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.

Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.

Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan "tergantung" pengesahan Menteri Besar di Perak.

Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.

Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.

Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.

Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.

Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.

Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.

Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri

20 November 2009

"MENGAKAR DAN MERIMBUN"

Parti Keadilan Rakyat Cabang Bagan Serai akan mengadakan program " MENGAKAR MERIMBUN " Sempena 10 tahun Keadilan Negeri Perak . Majlis tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 21hb November 2009

Tempat : Perkarangan Surau Al- Ansar , Alor Pongsu Bagan Serai

Masa : 9.00 pagi - 12.00 malam

Hari : Sabtu

Perasmian : Saudara Haji Mustaffa Kamil Ayub ( PPN Perak )

Aturcara :

1. Pertandingan memasak / gubahan / mewarna dan meniup belon.
2. Pemeriksaan kesihatan percuma
3. Jamuan rakyat
4. Perlawanan persahabatan bolasepak diantara PERAK FC dan JUSTICE FC.
5. Motivasi
6. Sumbangan mangsa banjir

Semua ahli dan penyokong dijemput hadir untuk menjayakan majlis ini.

17 November 2009

DUN BEHRANG, CHG JERING n JELAPANG KOSONG

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang telah membuat pengisytiharan bahawa pilihan raya baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan kosong setelah di putuskan oleh Speaker DUN Kedah dan tindakan dangkal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan Suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih sebagai wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan adalah mengikut perundangan.

DPPN Pk juga menekankan bahawa SPR tidak boleh mengatasi kuasa Speaker adalah tepat dan ini sebagai rujukkan kes yang sama dengan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang telah melompat menjadi ADUN Bebas awal Februari yang lalu. Ini kerana V. Sivakumar, Speaker DUN telah memaklumkan perkara yang sama kepada SPR dan tindakan SPR bertentangan dengan peruntukan yang ada di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

DPPN Pk meminta supaya SPR menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi sepertimana semalam. 3 DUN di Perak juga perlu disegerakan untuk diadakan pilihan raya baru berdasarkan 'precedent' yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi bersabitan pengosongan kerusi DUN Kota Siputih di Kedah semalam. DPPN Pk berharap SPR tidak bersikap 'double standard' dengan bersikap bersungguh-sungguh membuat rayuan terhadap kes tersebut sedangkan UMNO dan BN tidak membuat sebarang komen terhadap kes ini.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

16 November 2009

BUKTIKAN...

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar kerajaan supaya menyiasat semua akaun miliknya bagi membuktikan beliau mempunyai sumber kewangan meragukan sehingga mencecah beberapa bilion ringgit.

Beliau berkata bahawa sebelum inipun akaunnya telah disiasat tetapi tidak ada apa yang dibutikan.

"Sebaliknya media yang dikuasai oleh kerajaan telah berterusan menyebar fitnah bahawa saya mempunyai RM3 bilion dalam akaun hasil daripada akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid," katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa hari ini.

Berhubung akuan berkanun Abdul Murad itu, Anwar berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 1998 telah menjalankan siasatan tetapi telah ditutup oleh kerajaan pada masa itu.

Abdul Murad dalam akuan berkanunnya antara lain mendedahkan, Anwar yang merupakan bekas menteri kewangan, mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

GAMBAR KONVESYEN..


YB Tai Sing Ng Ketua Cabang PKR Bt Gajah( baju batik)


Sdr Anuar Zakaria ( Setiausaha MPN Perak)
berkelibar sebagai pemimpin masa hadapan


perwakilan cabang batu gajah
abg nan( Bendahari Cabang), antony( AJK ), abg ariff ( AJK ), abg amin( Ketua Penerangan )
dan hj dollah ( Timbalan K/Cabang)

Pengerusi MPN Hj Mus bersama YB Kesavan

jual buku


perwakilan Cabang Teluk Intan datang dengan 1 bas


Tuan Haji Usaili ( baju batik)


wanita muda Teluk Intan


Mr Foo


Timbalan Ketua Penerangan MPN
Hazha Hawalid


Mr Chung ( AJK Cabang Batu Gajah)


bacaan ikrar




15 November 2009

DSAI AJAK UMNO BEREPRANG !!!!!

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.

Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.

"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.

"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.

Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.

"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.

"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya

Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.

Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.

"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.

"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya: mkini

13 November 2009

DSAI, KETUA UMUM PKR

Para Ulamak, Sarjana, Pemikir Islam, Pemimpin dunia serta masyarakat Islam yang waras seluruh dunia dapat merasakan bahawa tuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang meragukan.

Rasa ragu terhadap tuduhan liwat dan simpati terhadap kezaliman yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinyatakan secara bertulis dan diperakukan. Usaha yang telah didahului oleh Islamica Magazine amat dihargai.

Amat malang pembohongan, penipuan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dengan kerjasama polis dan jabatan peguam Negara pada tahun 1998 diulangi semula pada tahun 2008 ini.

Sejarah 1998 telah membuktikan PENIPUAN DAN KEZALIMAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL terhadap masyarakat Malaysia terutamanya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Pertuduhan liwat terhadap Anwar yang diilhamkan oleh manusia zalim bernama Mahathir, ketika itu presiden umno dan Perdana Menteri Malaysia telah ternyata satu PEMBOHONGAN. Pembohongan dan kezaliman ini telah diusahakan dengan kerjasam polis Malaysia terutamanya Ketua Polis Negara yang bersifat kebinatangan pada ketika itu.




Semua gambar di atas adalah bukti nyata kezaliman yang telah dilakukan oleh sebahagian anggota polis yang biadap, jahat dan tidak bertamadun di Malaysia
Sandiwara lama dan konspirasi politik berilhamkan semangat jahat UMNO ini telah diulangi semula dalam era Abdullah Badawi.

Rakyat Malaysia dan pemerhati antarabangsa ingin diperbodohkan lagi oleh penguasa zalim dan beberapa individu tertentu yang berkepentingan dalam PDRM serta Jabatan Peguam Negara.

Hanya pemimpin, penyokong dan pencacai umno yang jelas buta hati dan keparat yang mengizinkan kezaliman dan pengkhianatan terus berlaku di bumi Malaysia.

Pendirian yang berpaksikan nafsu syaitan dan jiwa iblis yang menghantui pemimpin, penyokong dan pencacai umno jelas bertentangan dari pendirian dan pemikiran ramai sarjana Islam.

Antara pemimpin dan sarjana Islam yang telah meluahkan rasa simpati terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah:

Dr. Abubaker Al-Shingieti,
President, American Muslims for Constructive Engagement (AMCE)

Prof. Dr. Akbar Ahmed,
Ibn Khaldun Chair of Islamic Studies, American University, Washington DC; Former Pakistani High Commissioner to the UK
Ms. Amina Rasul.
Lead Convenor, Philippine Council for Islam and Democracy, Mandaluyong City, Philippines

Prof. Dr. Aref Nayed
Muslim Scholar, Libya; Senior Advisor, Cambridge Interfaith Program, Faculty of Divinity, Cambridge University; Former Professor, Institute for Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, Malaysia

Semak senarai sarjana dan tokoh pemikir Islam yang antaranya telah meluahkan rasa penuh simpati terhadap Anwar Ibrahim.

ISNIN TAU LE

Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan Isnin ini untuk memutuskan sama ada pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar oleh peguam Sulaiman Abdullah yagn mewakili Speaker DUN Kedah Abdul Isa Ismail yang memohon semakan semula kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai Adun.

Abdul Isa mahu mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukan lagi seorang Adun berikutan kegagalannya untuk menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini dan kerusi berkenaan adalah kosong.

Beliau turut memohon perintah supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil yang baru.

Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman itu pada 1 Sept, selepas SPR memutuskan bahawa kerusi Kota Siputeh tidak kosong dan Abu Hassan masih merupakan seorang Adun.

Dalam penghujahannya, Sulaiman berkata: "Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran daripada Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusinya akan menjadi kosong.

"Prasyarat dalam Perkara 51 telah pun berlaku, tiada ruang bagi responden pertama untuk mendakwa bahawa beliau masih Adun Kota Siputeh."

Beliau juga berkata SPR sebagai responden kedua telah bertindak secara tidak sah dan melakukan kesilapan bidang kuasa apabila memutuskan bahawa tiada kekosongan bagi kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan Adun Kota Siputeh.

"Mereka (SPR) terbawa-bawa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mereka kini dianggap mempunyai kuasa tunggal untuk menentukan bahawa berlaku kekosongan secara kebetulan bagi kerusi DUN itu," kata Sulaiman.

Peguam itu berhujah bahawa keputusan dalam kes Speaker Perak menentang Jamaluddin Mohd Radzi dan dua lagi Adun, yang diputuskan oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, perlu dibezakan memandangkan kes itu membabitkan isu peletakan jawatan Adun terbabit.mstar

12 November 2009

SAMA TAPI ADA LAINNYA BN


gambar sama tapi ada perbezaan....

tiada hadiah saguhati.....

11 November 2009

rm 3b

Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.

Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.

Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.

AL-FATIHAH

Isteri Datuk Kamarudin Jaffar, Datin Kamariah Kamarudin meninggal dunia jam 6 pagi ini selepas sekian lama melawan kanser.

Datin Kamariah meninggal di rumahnya di No 2, Jalan SS 7/4, Kelana Jaya, di hadapan anak-anaknya kerana suami beliau, Datuk Kamarudin, anggota Parlimen Tumpat yang juga AJK PAS Pusat masih dalam perjalanan pulang dari Qatar.

Beliau bergegas pulang ke Malaysia selepas mengetahui isterinya tidak sihat malam tadi. Kamarudin, bekas Setiausaha Agung PAS, dijangka akan sampai ke KLIA tengahari ini.

Allahyarhamah Datin Kamariah, 50-an, telah sekian lsama menghidap kanser usus dan sedang menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi.

Suami beliaulah, walaupun dalam keadaan sibuk, sentiasa berada di sisinya termasuk berada bersama beliau setiap kali mendapatkan rawatan kimoterapi di SJMC.

Datuk Kamarudin juga adalah Pengarah Urusan Harakah sehingga kini.

Seluruh warga PAS, kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta anak-anak syarikat mengucapkan takziah kepada Datuk Kamarudin dan keluarga. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Alfatihah

10 November 2009

TERIMA KASIH KATA DSAI

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih dan memuji PAS kerana terus meletakkan komitmen memperkasa Pakatan Rakyat.

Berucap pada Konvensyen PKR Pulau Pinang semalam, Anwar kagum dengan sikap PAS yang matang membuat keputusan dan pandai menjaga setiakawan.

"PAS ternyata sebuah parti yang komited dengan Pakatan Rakyat, matang dan bijak menangani permasalahan yang timbul.

"Saya juga berterima kasih dengan kepimpinanya yang sedaya upaya memperkemaskan pemuafakatan yang sedia ada demi perjuangan memartabatkan Negara berkebajikan, " tegasnya.

Kepimpinan PKR katanya wajar mengambil tauladan sikap dan kebijaksanaan kepimpinan PAS agar parti itu terus kuat untuk masa hadapan.

Anwar turut memuji sikap ahli PAS yang berdisiplin tinggi, bersungguh-sungguh, sanggup berjuang bila-bila masa dan pandai membaca strategi musuh.

"Itulah kelebihan PAS, ia mampu mendidik ahli dengan displin yang tinggi, memupuk kesungguhan, istiqamah dalam perjuangan dan lainya. Ia adalah berkat kematangan kepimpinan parti yang mengutamakan perjuangan, " tambahnya.

Bagi memantapkan Pakatan Rakyat, beliau turut menasihatkan agar semua pihak dalam pakatan tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain kerana ia memberi ruang untuk musuh menyerang pakatan.

Sebaliknya mengeratkan jalinan permaufakatan untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyatt mampu menandingi BN yang kini semakin lemah dan sedang mengalami penyakit kronik yang sukar diubati.

Kepada kepimpinan Pakatan Rakyat di lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan dinasihatkan agar mengukuhkan perpaduan dan sering turun padang bertemu rakyat dengan mewujudkan program bersama mereka dan jangan bersikap ego atau sombong.

"Kita baru nak mula bertapak khusunya di pantai barat semenanjung mesti kerja kuat dan kepada kepimpinan PKR diingatkan tambahkan ahli serta perkuatkan jentera di akar umbi, " kata Anwar.

Sementara itu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Datuk Johari Abdul mahu semua parti dalam pakatan berusaha bersungguh sungguh ke arah persediaan menuju putrajaya.

"Untuk memenuhi hasrat kita ke Putrajaya apa yang penting ialah usaha gigih ke arah itu disamping mencipta kesungguhan ahli dan jentera di akar umbi.

"Kegigihan itu harus dilaksanakan oleh semua parti gabungan dalam Pakatan Rakyat, " tegas beliau seterusnya.

09 November 2009

YANG TERKINI..HJ MUSTAFFA KAMIL AYUB

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Pengerusi Pimpinan Negeri (PPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru, Sdr Mustaffa Kamil Ayub. Kenyataan tersebut antara lain menyenaraikan nama-nama ahli JK Kerja Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baru dilantik.

Menurut kenyataan tersebut, “sebanyak 3 siri mesyuarat khas telah di adakan dengan semua ketua cabang KEADILAN Negeri Perak.”

PKR juga telah membuat satu perbincangan khas bersama ketua-ketua cabang dalam membentuk JK Kerja MPN meneliti aspek-aspek gabungan muka baru dan lama, perimbangan kaum, berusaha ke arah 30% wanita, potfolio berdasarkan potfolio kerajaan negeri Perak dan beberapa pertimbangan lain.

Nama-namaJK Kerja MPN yang baru dilantik;

PPN : Mustaffa Kamil Ayub

TPPN: Dr. Lee Boon Chye

NPPN: Madzi Hasan

NPPN: Chang Lih Kang

NPPN: Kesavan Subramaniam

Ketua AMK: Abd Yunus Jamahri

Ketua Wanita: Fathmawati Salim

SU : Anuar Zakaria

TSU : Zainal Abidin Alias

Bendahari: Tai Sing Ng

T Bendahari : Dato’ Dr. Yap Yit Thong

Ketua Penerangan: Zulkifly Ibrahim

T Ketua Penerangan: Hazha Hawalid

Ketua Whip DUN Perak : Chan Ming Kai

T Ketua Whip DUN Perak: Kesavan Subramaniam

T Ketua AMK: Chan Ming Kai

T Ketua Wanita: Noriah Nordin

Ahli MPN :

Haji Mhd Supian B Nordin

Haji Hamzah Bin Mohd Zain

Hj Mohamad Aun Bin Yob Abas

Alias Zenon

Leong Tuck Kuan

Fauzi Muda

Chun Weng Sum

Haji Ahmad Shaarani Bin Abdul Khalid

Ridzuan Bani

Haji Yahya Bin Othman

Mohamad Azman Marjohan

Robert Ngo Chin Peng

Hj Usaili Alias

Abdul Rahman Bin Uda Mat Isa

Ketua Biro Politik : Mustaffa Kamil Ayub

Ketua Biro Pilihan Raya : Ismail Yusop

Ketua Biro Latihan : Abd Rahim Sabli

Ketua Biro Strategi: Mohd Nasib Rahin

Ketua Biro Keusahawanan : Mohsin Fadzli Haji Samsuri

Ketua Biro Ekonomi: Dato’ Dr. Yap Yip Thong

Ketua Biro Pembangunan Industri: Tai Sing Ng

Ketua Biro Integrasi : Thina Garan

Ketua Biro Keahlian : Chang Lih Kang

Ketua Biro Orang Asli: Arsian

Ketua Biro Guaman dan Undang2: Baldip Singh

Ketua Biro Pertanian & Perladangan : Dato’ Dr. Shanmugan

Ketua Biro Kesihatan: Dr. Subramaniam.

Ketua Biro Pengurusan dan Komunikasi: Anuar Zakaria

Ketua Biro Agama dan Pendidikan : Hj.Suwardi Hj.Sapuan

Ketua Biro Pembangunan Perdesaan : Haji Abdul Hamid Ali

Ketua Biro Hal Ehwal Pengguna : Madzi Hasan

Ketua Biro Kebajikan: Mashirah Md Yusof

Ketua Biro Kebudayaan & Sukan: Muzaffar Shah Khairuddin

Ketua Biro Kerajaan Tempatan: Liow Yong Lih

Ketua Biro Antarabangsa : Wendy

Ketua Biro Pembangunan & Perlancongan : Suzana Manja

Ketua Biro NGO: Ng Mun Yin

Sementara itu Mustaffa Kamil Ayub, Dr. Lee Boon Chye, Dr. Mohamad Nur Manuty, dan Sdr Nordin Mahmud dilantik. Penyelaras Panel Perunding bagi Sains & Teknologi, Tanah, Pengangkutan Awam dan Isu-Isu Utama.

perakeXpress

TINGGALKAN PKR DENGAN SEGERA...

PULAU PINANG 8 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi dua pilihan kepada pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.

Penasihat PKR itu berkata beliau sedia menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan anggota yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan parti.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti,” katanya ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam ini.

Katanya, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,” katanya.
— BERNAMA

06 November 2009

3A AMK SANGKAL

Angkatan Muda Keadilan Selangor membidas individu-individu tertentu yang membuat dakwaan terbuka bahawa Parti Keadilan Rakyat dikuasai oleh ‘3A’. Dakwaan bahawa PKR hanya dikuasai oleh ‘3A’ adalah hujah yang terlalu dangkal dan amat lemah serta ianya bermotifkan untuk sengaja mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan anggota PKR dan menghakis sokongan rakyat.

AMK Selangor menyatakan pendirian memberi sokongan dan dokongan yang amat kuat kepada kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat untuk terus melaksanakan agenda perubahan politik di negara ini. Pihak-pihak tertentu yang terus memburuk-burukkan kepimpinan PKR dengan dakwaan yang tidak masuk akal membuktikan bahawa ada desperado politik yang semakin tertekan dengan sokongan kuat rakyat kepada kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.

AMK Selangor menganggap bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja individu yang mencetuskan gelombang perubahan politik di negara ini tetapi kini Dato’ Seri Anwar Ibrahim umpama sebuah ‘institusi perjuangan’ yang berjuang membela nasib rakyat, prinsip keadilan dan masyarakat madani. Idea, gerak perjuangan dan gagasan barunya membawa perubahan mencetuskan semangat baru kepada generasi muda untuk bersama-sama beliau dalam satu pakatan menegakkan keadilan untuk semua.

Dunia antarabangsa dan universiti terkemuka dunia mengakui dan memberi pengiktirafan yang tinggi kepada gagasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan syarahan dan wacana ilmiahnya. Malahan badan-badan antarabangsa juga mengambil beliau menganggotai badan tersebut kerana prinsip dan idealismenya yang jelas terbukti telah banyak memberi sumbangan besar kepada perubahan sistem kewangan global, prinsip keadilan sejagat, good governance serta politik di peringkat antarabangsa.

Adalah amat menghairankan individu-individu tersebut melemparkan pelbagai tohmahan dan dakwaan yang mengaibkan beliau sedangkan dunia antarabangsa serta dunia Islam memberikan dan menghargai sumbangan idea dan gagasan yang dicetuskan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Justeru serangan bertali arus pihak UMNO/BN dan sekutunya terhadap kepimpinan PKR adalah untuk menghakis keutuhan kepimpinan tertinggi PKR sepertimana serangan peribadi yang dilemparkan kepada kepimpinan tertinggi PAS dan DAP.

AMK Selangor menyeru pihak-pihak individu tersebut menghentikan membuat serangan tohmahan peribadi tetapi perlu bersama-sama kini menumpukan usaha membawa perubahan dan memulihkan daya saing ekonomi dan membina negara yang hebat. Rakyat perlu dibawa untuk membincangkan isu-isu yang lebih penting, besar dan kepentingan masa hadapan negara dan bukan soal remeh temeh yang tidak memberi impak kepada pembinaan tamadun insan.

Sudah tiba masanya segala idea dan tenaga digembeling secara bersepadu untuk memikirkan, merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang lebih holistik dan menyeluruh. Media-media massa perlu menjadi medan kepada perbicaraan isu-isu yang lebih global, berilmu dan kepentingan rakyat. Ianya dengan harapan rakyat akan terus dihidangkan dengan tradisi budaya keilmuan dan tidak disempitkan dengan perbicaraan isu yang sempit, kaku dan jumud.

Akhirnya, AMK Selangor terus meletakkan setinggi-tinggi keyakinan kepada kepimpinan parti untuk terus memimpin dan membawa harapan baru untuk Malaysia yang lebih gemilang. Gelombang perubahan yang semakin kuat didokong rakyat merupakan inspirasi untuk generasi muda menerajui perubahan zaman dan meneroka era baru siasah di negara ini.

Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan
AMK Selangor

Parti Keadilan Rakyat
06.11.2009

MOHON SUMBANGAN

KAMI AMAT MENGHARAPKAN SUMBANGAN
DARIPADA SUMBANGAN ANDA..!!!!!
A/C : 111 201 200 2206
AMBANK